Mitos Durian Belanda Sebagai Ubat Kanser.

Beberapa minggu lepas saya terlihat ketika pulang ke rumah ada orang yang menjual durian belanda di tepi jalan dan mengaku pelbagai khasiatnya kepada pelanggan. Malah daun durian belanda itu dijual pada harga RM 5 sehelai! Ramai pula membeli daunnya! 


Mitos berkenaan durian belanda/sirsak/soursop/Graviola ini sebenarnya sudah agak lama berkisar di media sosial. Pada mulanya saya malas hendak mengulas namun semalam saya telah ditag oleh seorang sahabat di sebuah video yang memaparkan seorang ustad yang sedang memberi ceramah agama dan memberitahu maklumat2 tidak benar berkenaan durian belanda ini kepada penonton.
Ini saya kira adalah bahaya kerana masyarakat kita mudah mempercayai agamawan dan maklumat yang mereka sampaikan dianggap sebagai sahih. Almaklumlah...takkanlah ustad nak menipu?
Tetapi sahabat2 semua harus sedar, Allah SWT menyuruh kita bertanya kepada mereka yang ahli seandainya tidak mengetahui. Agamawan mungkin ahli di dalam bidang agama tetapi bidang perubatan ini adalah bukan bidang mereka. Ia seumpama anda bertanya tentang sains nuklear kepada seorang fesyen designer. Bidang yang cukup berbeza bagai langit dan bumi!
Kita semua mahu memerangi kanser dan sedang aktif mencari penawarnya. Namun itu bukanlah lesen bagi kita mendakwa yang bukan2 terhadap sesuatu perkara yang tidak terbukti malah boleh membawa kesan sampingan yang serius.
Durian belanda dan ekstraknya didakwa mampu mengubati kanser dan pelbagai dakwaan yang lain. Antaranya, ia didakwa mampu:
1. Menyerang sel2 kanser dengan selamat dan efektif secara semulajadi tanpa menyebabkan rasa loya, kehilangan berat badan dan keguguran rambut seperti kemoterapi.
2. Melindungi sistem imun badan (avoid immunosuppression) dan mengelakkan risiko jangkitan berbahaya.
3. Berasa lebih kuat dan lebih sihat sepanjang perawatan dengan durian belanda berbanding kemoterapi.
4. Menambah tenaga dan keceriaan.
5. Mensasarkan secara efektif dan khusus pembunuhan sel2 kanser termasuk kanser kolon, pankreas, payudara dan prostate tanpa membunuh sel2 yang sihat/normal.
6. 10,000 kali lebih berkesan berbanding Adriamycin, sejenis ubat kemoterapi moden yang biasa digunakan.
Sehingga kini kajian saintifik bagi menguji keberkesanan durian belanda dan ekstraknya hanya merupakan keputusan ujian makmal (in vitro) kecil yang dijalankan secara tabung uji dan juga ke atas tikus makmal. Tiada bukti saintifik keberkesanannya terhadap manusia sehingga kini. Dose eksperimental 200mg/kg yang digunakan itu adalah merupakan dos bagi tikus dan dos sebenar bagi manusia tidak diketahui dan sudah pastinya jauh lebih tinggi.
Bagi membolehkan sesuatu ubat itu digunakan secara klinikal, ia perlu melepasi tapisan ujian2 yang membuktikan ia berkesan dan selamat penggunaannya buat manusia. Kajian haiwan dan tikus adalah jauh sama sekali boleh dijadikan penanda aras bahawa ia selamat dan berkesan terhadap manusia. Kita bukan haiwan dan tikus. Sistem anatomi dan fisiologi kita adalah berlainan.
Dakwaan bahawa pengambilan durian belanda dan ekstraknya menambah tenaga dan sebagainya adalah merupakan sesuatu penilaian testimonial yang subjektif. Meminum satu tin 100 plus juga mampu menambah tenaga pada tubuh sesetengah orang. Ia tidak boleh dijadikan hujah keberkesanannya melawan kanser.
Dakwaan kononnya durian belanda adalah 10,000 kali lebih efektif berbanding ubat kemoterapi seperti Adriamycin juga adalah merupakan satu dakwaan yang mengelirukan dan tidak disokong dengan pembuktian saintifik yang pasti. Dari mana datangnya figure 10,000 kali lebih berkesan juga tidak saya ketahui kerana hasil carian saya di journal2 medical tidak menemuinya.
Hujah yang mengatakan durian belanda adalah lebih baik kerana ia adalah produk semulajadi dan bukan seperti ubatan moden yang merupakan racun kimia sintetik juga ternyata adalah tidak benar. Adriamycin yang dibandingkan dengan durian belanda ini misalannya adalah bersumber dari bakteria semulajadi yang hidup di dalam dahan kayu pokok Taxus brevifolia. Begitu juga ubat2 kanser yang lain yang kebanyakannya bersumber dari sumber2 semulajadi seperti tumbuh2an.
Apa yang pasti, durian belanda dan ektraknya juga mengandungi kandungan annonacin yang tinggi. Jika diambil pada kuantiti berlebihan (3-8mg/sehari), ia boleh menyebabkan gangguan saraf seperti penyakit Parkinson. Ia juga boleh menyebabkan kematian sel2 badan dengan mengganggu proses penghasilan ATP yang merupakan sumber tenaga untuk hidup bagi sel2.
Durian belanda dan ekstraknya sebagai pengubat kanser dan kononnya 10,000 kali lebih berkesan daripada kemoterapi adalah merupakan dakwaan tidak berasas sama sekali.
Ia malah berpotensi menyebabkan kemudaratan seperti penjelasan di atas.
Golongan ustad dan penjual produk berkaitan perlulah berhenti dari menyebarkan maklumat yang mengelirukan masyarakat dengan dakwaan2 palsu yang tidak terbukti. Apakah anda tidak takut akan dosa membunuh manusia?

Anak Kucing Dikerat Dua Oleh Jiran.

"Masalah kalau ada jiran yang gila sakit mental. Anak kucing pun nak dibunuh. Habis anak kucing kami di potong-potong. Kalau ye pun tak suka kucing tak perlu seksa," luah Shakila Desmond di Facebook isnin lepas. 
Shakila turut berkongsikan gambar anak kucing itu yang mati selepas dikerat dua di Facebook beliau.

Anak kucing betina itu ditemui dibunuh secara kejam dengan dikerat dua bahagian sebelum bangkainya dibuang dihadapan rumah pemiliknya pada jam 8 pagi.
Kosmo pula melaporkan, pemilik kucing tersebut yang dikenali sebagai Mohammad Rosmawar, 30, berkata sebelum kejadian dia baharu hendak memberikan makanan kepada empat anak kucing yang diletakkan di dalam sangkar di halaman rumahnya. 

Katanya, situasi itu amat mengejutkan dirinya memandangkan tidak pernah bermusuh dengan mana-mana individu sejak menyewa di rumah terbabit setahun lalu.

"Semestinya, saya amat sedih apabila melihat salah seekor anak kucing itu diperlakukan sedemikian dengan separuh bahagian badan dan sebahagian kaki belakangnya telah dikerat sebegitu rupa.
"Mereka yang membunuhnya memang berhati kejam dan tidak berhati perut," katanya ketika dihubungi.
Jelasnya, pembunuhan kejam anak kucing itu jelas memberikan perasaan trauma kepada anak perempuan saya berusia lima tahun sehingga menjadi pendiam berikutan amat menyayangi anak kucing tersebut.
"Anak kucing tersebut adalah paling comel daripada tiga anak kucing yang lain," katanya.

Pengasas YTL Meninggal Dunia.

Bilionair dan pengasas konglomerat YTL Corporation, Tan Sri Yeoh Tiong Lay meninggal dunia hari ini pada usia 87 tahun lapor Utusan Online

Yeoh Tiong Lay
Laporan itu turut menyebut satu pengumuman rasmi dijangka dilakukan oleh ahli keluarganya pada pukul 5 petang ini. 


Yeoh menubuhkan YTL pada 1955 sebagai sebuah syarikat pembinaan sebelum berkembang maju menjadi konglomerat yang memiliki perniagaan di dalam sektor teknologi, perhotelan, utiliti, pembinaan dan pengurusan hartanah. 

Mendiang merupakan bapa kepada Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping yang kini merupakan Pengarah Urusan kumpulan YTL. 

Menurut Forbes, Yeoh dianggarkan memiliki kekayaan kira-kira RM8.2 bilion, meletakkan dirinya sebagai orang ketujuh paling kaya di Malaysia.

3 Suspek Cuba Bom Festival Beer 2017 Ditahan Termasuk Pelajar Tingkatan 6.

Tiga lelaki tempatan termasuk seorang pelajar tingkatan enam ditahan polis bersama sejumlah bahan letupan buatan sendiri (IED) di Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.
Gambar - Kosmo
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, hasil tangkapan itu, polis berjaya mematahkan satu cubaan meletupkan festival The Better Beer 2017.
"Semua individu berusia lingkungan 19 hingga 34 tahun itu telah membuat dua cubaan meletupkan IED di kawasan lapang serta belakang rumah suspek pada 28 September dengan satu salah satu daripadanya berjaya diletupkan.
"Susulan itu, polis menahan kesemua suspek di sebuah restoran di Pasir Puteh pada 10 Oktober lalu," katanya ketika sidang akhbar sebentar tadi.
Polis turut merampas pelbagai jenis peralatan membuat IED seperti wayar, paip, mentol, karbaid, mercun bola, bunga api serta nota membuat bahan letupan.
Sumber : Kosmo

Gaji RM10,757 Sahaja Yang Mampu Beli Rumah.

Mereka yang mempunyai pendapatan isu rumah sekurang-kurangnya RM 10,757 sahaja yang mampu membeli rumah pada harga purata yang dijual di negara ini lapor Astro Awani hari ini.

Berbanding purata harga rumah iaitu RM 387,258 pada tahun 2016, pendapatan median rakyat Malaysia hanyalah RM 5,228 sahaja sebulan. Manakala purata harga rumah pada tahun 2014 pula adalah RM 280,886.


Harga tersebut menjadikan purata harga rumah yang dijual di Malaysia sebagai ''amat tidak mampu milik'' (severely unaffordable), berdasarkan perkiraan mengikut Pendaraban Medium Demografia Antarabangsa. Mengikut kaedah tersebut, harga rumah hanya dianggap mampu milik jika ia kurang tiga kali ganda pendapatan medium tahunan isi rumah.


Fakta ini mengambil kira berdasarkan data baru yang dikeluarkan hasil Tinjaun Pendapatan Isi Rumah dan Keperluan Asas 2016 yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik minggu lalu dan data oleh Jabatan Penilaian dan Khidmat Hartanah.

Jika diukur dengan pendapatan median rakyat Malaysia, harga rumah yang dianggap mampu milik di Malaysia sepatutnya hanya RM 188,208.

Namun realitinya, 78 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan kurang RM10,000, iaitu jumlah pendapatan yang diperlukan untuk menjadikan harga kebanyakkan rumah di Malaysia sebagai mampu milik.

Manakala 41 peratus daripada jumlah tersebut atau 2.33 juta isi rumah berpendapatan kurang RM 5,000 sebulan.

Menurut rekod, purata harga rumah paling mahal adalah di Kuala Lumpur iaitu melebihi RM 700,000 seunit. Manakala purata harga rumah di Sabah dan Sarawak juga membimbangkan berbanding pendapatan  median penduduk iaitu RM 4,100 sebulan, manakala penduduk di Kuala Lumpur menikmati pendapatan median RM 9,073 sebulan.

Kerajaan sebelum ini sudah pun melaksanakan pebagai dasar untuk mengurangkan peningkatan harga rumah, antaranya dengan Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) iaitu mekanisme mengawal spekulasi pasaran hartanah dan pembinaan lebih banyak rumah-rumah mampu milik.

Pemerhati ekonomi menjangkakan kerajaan bakal mengumumkan pendekatan khusus untuk menangani masalah ini dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.

Kuala Lumpur menjadi kawasan dengan harga rumah tertinggi dengan purata RM 749,000, Selangor di tempat kedua dengan RM 422,000 dan diikuti Pulau Pinang dengan RM 410,000, Sarawak dengan RM 408,000 dan Sabah dengan RM 406,000.

Sumber : Astro Awani