Video Memalukan Intergriti KLIA 2 Tersebar - Harap Aje Mahal & Besar Tapi Banjir!


Siot. Kos bina punya mahal. Takan tak patuhi spesifikasi plak bila dah bina mahal2 macam tu. Nak bangga sebagai lapangan terbang terbesar konon. Hal berkaitan mendapan pun fail. Apa2 tah.

Lihat video ;

 

Tony Pua hari ini mempersoal kewibawaan pengurusan KLIA2, MAHB, apabila badan pengurusan itu gagal untuk menyelesaikan masalah retakan dan tanah mendap di landasan, jalan rayap dan tempat letak pesawat lapangan terbang antarabangsa terbaru itu.

Menurutnya, isu tanah mendap telah menjadi ‘jenaka antarabangsa’ kerana perkara ini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi di lapangan terbang yang kononnya menggunakan teknologi tinggi.

“Saya membangkitkan perkara ini kerana melihat satu video di Youtube semalam bertajuk ‘Berlaku banjir di KLIA2’ yang menunjukkan terdapat pekerja lapangan terbang sedang menimba air di kawasan landasan yang telah dinaiki air.


“Ini satu jenaka yang amat serius yang perlu ditangani oleh pihak Kementerian Pengangkutan,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen ini.

Jelasnya, insiden ini bukan kali pertama berlaku dan ia sangat mengejutkan kerana landasan masih beroperasi dan menyatakan bahawa keadaan mungkin akan lebih buruk sekiranya KLIA2 mencapai penggunaan maksima di masa hadapan.

“Cuba bayangkan sekiranya landasan tersebut sibuk, mungkin sesuatu yang lebih buruk berlaku,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan bahawa persoalan mengenai KLIA2 telah ditanyakan olehnya kepada Menteri Pengangkutan bagi mendapat penjelasan berkenaan jumlah kos pembinaan serta langkah yang dirancang oleh MAHB untuk mengatasi masalah lapangan terbang yang berhadapan masalah retakan dan tanah mendap terutamanya di apron dan runway.

“Saya hanya mendapat jawapan yang beliau mengakui memang ada berlakunya mendapan di KLIA2 dan masalah tersebut berpunca daripada ‘differential settlement’ yang sudah dijangka dan telah diambil kira semasa pembinaan KLIA2.

“Keselamatan operasi dan penerbangan di KLIA2 tidak terjejas akibat mendapan dan takungan air tersebut,” kata menteri terbabit.

Ujarnya, pihak MAHB telah menjalankan kajian secara komprehensif yang membolehkan MAHB mengenal pasti dan melaksanakan tindakan berterusan yang paling sesuai dan praktikal bagi menangani isu ini.

“Antaranya adalah kerja pembaikan segera seperti penampalan, pembaikan, retakan dan pengambusan lubang lapor Free Malaysia Today

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »