Inilah Rumah Banglo Tanpa Faedah 200K Di Brunei - Di Malaysia, Bagaimana?

WOW.

Bayar 200k dan dapat rumah banglo.

Dan yang paling WOW..  harga rumah banglo tersebut adalah harga tanpa dikenakan sebarang faedah sama sekali.

Berikut adalah contoh rumah banglo 200 k di Brunei. Tengok gambar ;


Oke. Gambar2 di atas pula sebenarnya dapat dari satu rakaman video di youtube. Rujuk rakaman tersebut  kat bawah neh jap ;

 

Kalau tengok pada tarikh rakaman ialah awal tahun neh. Bulan 2, 2014. Yang sebenarnya itu adalah laporan berita dari station tv Taiwan. Wartawan mereka telah melakukan tinjauan harga rumah di Brunei dan keluarkan satu laporan berkenaan hal tersebut.

Mereka melaporkan bagaimana kerajaan Brunei menyediakan perumahan awam untuk rakyatnya pada harga yang sangat2 munasabah dan mampu milik.

Rumah bersaiz banglo dan dijual dengan harga 200k. Dan rumah tersebut pula tidak dikenakan sebarang unsur2 riba aka faedah. Di Brunei juga, rumah2 atas air, rumah2 kayu dipelihara dan dianggap sebahagian dari sejarah dan warisan yang perlu dijaga bagi tujuan pelancongan dan seni.

Rakaman video di atas menunjukkan sekumpulan wartawan dari Taiwan diberikan peluang untuk meninjau rumah salah seorang rakyat Brunei yang berbangsa cina. Rumah dia perghh. Besar siot. 

Dalam rakaman tersebut juga melaporkan yang kadar elektrik di Brunei sangat murah. Pakai la aircond ka apa ka tiap2 bulan lue bayar murah2 saja. 

Di Malaysia? Tak dan nak sesuaikan keadaan dengan tarif baru yang naik pada awal tahun neh kita terpaksa pula sakit kepala dok fikir yang tarif baru akan naik pada pertengahan tahun depan. Ale utoo punya BN. Maki lama tak habis lagi dia p tambah maki baru. Celaka betul.

Antara ciri2 skim perumahan awam di Brunei ;

Harga jual bagi rumah banglo di kawasan perumahan awam adalah sekitar BRU 200,000 sahaja yang mana terbuka untuk warga Brunei yang sudah pun berumur lebih 18 tahun dan ke atas. Rasanya dengan gaji permulaan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda di Brunei sekitar BRU2,600 (gaji pokok) bagi sektor awam tiada masalah untuk mereka membelinya.

Yang untuk kalangan rakyat Brunei yang baru pertama beli rumah


Saiz keluasan tapak rumah banglo di perumahan awam tersebut adalah 330 meter persegi ataupun 3,552 kaki persegi


Yang menariknya, anda tidak akan dibebankan dengan tawaran skim pinjaman rumah (housing loan) tanpa faedah selama tempoh 30 tahun kepada pemilik rumah tersebut


Tidak cukup lagi dengan itu, anda juga berpeluang untuk tinggal di rumah banglo tersebut secara percuma tanpa sebarang bayaran bagi 3 bulan pertama sahaja (3 Months free trial)


Bil elektrik di Brunei? Anda pakai aircond setiap hari sekalipun bil elektrik mereka dengan 3-4 buah penghawa dingin akan berlegar sekitar sekitar BRU150.00 sebulan


Sumber : Berita Semasa.


Dan di Malaysia. Bagaimana pula harga rumahnya ek? 200k dah takde dah. Kalau bagi rumah baru, 200k memang takde dah. Kalau ada pun kat ceruk2 mana tah dia buat. Itupun kalau pemaju nak buat. Pemaju biasanya akan buat rumah kat tempat2 besar dan maju. Depa malas nak buat kat ceruk2 sebab takde pembeli. Dan tak boleh nak markup harga lebih2.

Sekarang standard 200k dan ke atas. 220k ka, 250k ka apa ka. Dan itupun kau ingat rumah banglo ka? Jangan harap. P mampos la lue.

Contoh projek2 perumahan yang sedang berjalan ketika ini ;

 
Ada tak 200k dan ke bawah?

Takde?

Hah. Padan muka kita semua. Lepas neh pakat2 dok bawah jambatan atau ramai2 lari p Brunei. Itupun kalau Brunei nak terima kita semua la. 

HAHAHAHAHA..

Kat Malaysia, ciri2 rumah mampu milik ataupun rumah kos serdahana rendah ialah ;

- Harga bawah 200k

- Skim pinjaman cantik atas bibir dan pengumuman. Tapi hancur atas pelaksanaan dan realiti.

- Bank2 tak berminat nak beri pinjaman yang kerajaan umum selalunya. Contoh macam kerajaan umum pinjaman perumahan 100% bagi pembeli rumah pertama. Memang ada kat website kerajaan tapi bank tak participate pun untuk beri pinjaman. Ko boleh desak kerajaan kau umum data berapa ramai yang dah lulus. Aku rasa kalau semata2 nak bagi nampak ia diterima oleh bank, sanggup kerajaan kau deal dengan bank dalam 2,3 terakhir neh supaya luluskan beberapa pihak agar mereka boleh sembang kencang di parlimen. Haha.

- Rumah kos rendah dibina juga dengan mengambil untung. Pinjam bank pun ada penglibatan riba meskipun kadar riba tidak setinggi rumah yang harga ratusan dan jutaan ribu ringgit.

- Pembinaan rumah2 kos rendah selalunya kat ceruk2 dan hulu2 dan tempat2 terpencil ataupun jauh dari pusat bandar dan susah diakses oleh pengangkutan awam.

- Kalau ada rumah2 kos rendah kat tengah2 bandar tue kira dah terpaksa habis la bina kat situ akibat perlawanan2 rakyat yang fight tuntutan rumah untuk mereka. Atau kerana perubahan masa. Dulu2 tempat tue memang ceruk tapi arus pembangunan menukarkan tempat yang ceruk tadinya tue kepada tidak ceruk lagi.

- Pembinaan yang sedikit sehingga membuatkan rakyat berebut2. Bila dah sikit, rakyat berebut2 neh ada macam2 peel. Ada yang jenis sabar ada yang jenis mudah dipengaruhi agar kau 'buat cara belakang'. Semua neh sebab masing2 nak sangat duduk kat rumah sendiri. Tak larat dah menyewa. Seksa.

- Size rumah juga kecil. Pada kerajaan, cukup la bagi orang2 miskin duduk kat rumah bersaiz kecil sesuai dengan kemiskinan masing2.

Di Brunei. 

Rumah saiz banglo 200k.

Tangga gaji pun tinggi.

Kalau ko tak malas bekerja ko takan miskin dengan sendirinya. Dan kalau pun kau miskin akibat keadaan, kerajaan Brunei takan biarkan kau dihimpit dengan kemiskinan dengan berikan pelbagai insentif bagi membantu kau keluar dari keadaan kemiskinan tadinya tue. Miskin keadaan neh contoh macam tiba2 berlaku kematian tunggak utama keluarga yang selama neh mencari rezeki. Itu satu contoh la kan.

Di Malaysia. 

Kalau pun kau rajin kau belum tentu kaya. Kerana sistem kita ialah membayar upah pekerja berdasarkan berapa banyak ijazah yang dia ada berbanding berapa banyak keringat yang dia keluarkan. Kalau ikut konsep Islam, upah haruslah berpadanan dan selaras dengan nilai kerja yang dikeluarkan. Bukan ikut ijazah atau apa. Tapi JENIS KERJA YANG KAU SEDIAKAN/KEMUKAKAN/HASILKAN.

Pekerja bawahan yang paling banyak menyumbang tenaga di anggap pekerja yang paling layak dipandang hina, rendah dan berbaloi la mereka dibayar gaji yang sedikit.

Yang paling tak guna, haprak, kaki rasmi majlis dan kaki interframe sana sini macam PM itula yang paling layak dapat upah tinggi2 walaupun hasil kerja macam cibai.

Disebabkan keadaan ini la rakyat kita paksakan diri berlumba2 untuk belajar walaupun dalam bidang2 yang mereka tak minat. Belajar untuk bekerja, belajar bukan sebab minat, keinginan ataupun ingin lebih mahir untuk menguasai bidang tersebut.

Habis rosak sistem hidup kita. Semua gara2 letakkan kapitalis sebagai tuhan dan agama.

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

JualBeli Motor Dan Segala Kelengkapan Permotoran Disini

100Mbps Hanya RM149 Dengan Time Internet

BolehCompare : Portal Perbandingan Perkhidmatan Yang Pertama Di Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »