Jumlah Pembiayaian PTPTN Dikurangkan Sebanyak 15% - LGE Bantah Polisi Terbaru PTPTN.


Memang itu la kerja pembangkang. Tatau apa citer, kita bantah dulu. Asal benda tue datang dari kerajaan, kita bantah dulu. Datang parlimen pemalas nak mampos. Kaki ponteng. P majlis merapu boleh plak. Lepas tue tatau apa citer main bantah aje.

HAHAHAHAHA..

Apakah yang dimaksudkan dalam isu jumlah pembiayaian PTPTN yang dikurangkan sehingga 15% bagi IPTA dan 5% bagi IPTS?

Pertama. Perkara ini membabitkan semua jenis kursus kecuali kursus perubatan.

Kedua. Setiap pelajar2 yang layak mendapat pinjaman PTPTN akan mendapat jumlah yang kurang sebanyak 15% bagi IPTA berbanding penerima2 pinjaman tahun2 sebelumnya. Berkuatkuasa mulai tahun ini.

Manakala setiap pelajar2 yang layak mendapat pinjaman PTPTN akan mendapat jumlah yang kurang sebanyak 5% bagi IPTS. Juga berkuatkuasa pada tahun ini.

Ketiga. Kaedah yang akan digunakan oleh PTPTN ialah ;

- Mengikut maklumat pendapatan keluarga yang terkandung dalam data BRIM.

- Anak yang mempunyai keluarga yang berpendapatan rm8,000 ke bawah akan layak mendapat pinjaman sebanyak 75%.

- Anak yang mempunyai keluarga yang berpendapatan rm8,000 ke atas akan layak mendapat pinjaman sebanyak 50%.

- Anak yang mempunyai keluarga yang berpendapatan rendah dan serdahana yang layak mendapat jumlah bantuan BRIM penuh akan layak menerima pinjaman PTPTN dalam jumlah penuh.

So. Apa yang kerajaan buat ialah perkemaskan polisi dengan menambahkanbaikan sistem sedia ada. Bagi aku. Ini tindakan yang tepat. Namun. Jangan lupa kena juga tengok jumlah tanggungan dalam menentukan kelayakkan seseorang menerima pinjaman PTPTN ataupun tidak.

Tapi. Pada aku. Perkemaskan polisi PTPTN tidak patut hanya merujuk kepada jumlah pembiayaian. Hujah2 LGE semua ke longkang. Cara dia mengkritik PTPTN seolah2 dia membayangkan bahawa PTPTN itu relevan. BONGOK. Siyes. LGE BONGOK.

Yang sepatutnya. Dah alang2 dia nak meraban isu PTPTN dia kena ;

- Bantah riba yang wujud dalam pembayaran semula PTPTN.

- Convert PTPTN kepada pendidikan percuma. Konsepnya adalah begini. Semua pendidikan adalah percuma sehingga terbukti sebaliknya. Mana2 pelajar yang gagal mendapat pointer seperti yang disyaratkan pembiayaian pendidikan dia akan menjadi pinjaman. Bukan seperti konsep sekarang. SEMUA PEMBIAYAIAN PENDIDIKAN adalah PINJAMAN sehingga terbukti sebaliknya.

- Jangan melarang mana2 peminjam PTPTN yang tak bayar keluar dari negara. Mereka patut diberikan peluang untuk cari rezeki di luar negara. Urusan pembayaran semula harus dilakukan dengan persefahaman dan kemampuan pihak2 yang terlibat. 

Punyalah beria2 pembangkang mahu pendidikan percuma. LGE kalau nak merapu sekalipun patut dia khususnya kepada apa yang dimanifestokan oleh pembangkang. Barula nampak konsistensi disitu. Sebenarnya pembiayaian PTPTN yang diperkemaskan, disusun dengan lebih sistematik dengan melakukan perbezaan pinjaman miskin kaya neh ada pro dan kontra.

Pro dia, PTPTN mengkhususkan pinjaman hanya kepada pihak yang benar2 perlu. Maksudnya hanya pada orang yang betul2 takde duit la.

Contras dia. Nanti orang2 miskin neh tercekik nak bayar balik pinjaman beriba. Yang kaya dah tentu kaya tak perlu la bayar banyak2 (still ada riba) riba. Sebab tak layak pun nak dapat pinjaman penuh. Tak macam si miskin. 

Haiya. 

Balik2 orang miskin tetap kena kiri kanan.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »