Menteri Dedahkan MAS Rugi RM5 Juta Sehari.

5 juta sehari. Kalau 30 hari? 2 bulan? 6 bulan? Adoi. Pening aku dengan ko MAS woi. Kalau ko rugi sendiri2 aje takpela. Aku redha la. Bukan syarikat aku dan aku peduli apa. Tapi masalahnya. Setiap kali ko rugi, rakyat gak yang tanggung beban. Balik2 rakyat kena bailout. Duit2 yang digunakan untuk bailout MAS bukan sahaja boleh memberikan pendidikan percuma untuk rakyat Malaysia, bahkan boleh menyediakan prasarana pendidikan yang lebih baik di Sabah dan Sarawak, sistem pengangkutan yang lebih effisen di seluruh Malaysia, skim makanan bernutrisi di seluruh negara bahkan macam2 lagi la.

Habis semua duit dibazirkan untuk memastikan MAS terus wujud.

Haizh.

  Baca ;

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional itu.

Rang Undang-Undang itu antara lain bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran Malaysian Airline System Berhad (MAS), syarikat subsidiari milik penuh dan milik separanya.

Ia juga akan menyediakan peruntukan bagi penubuhan entiti baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad yang akan menggantikan MAS sebagai syarikat penerbangan nasional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali ketiga sebelum diluluskan selepas mendapat majoriti persetujuan daripada anggota Dewan.

Rang Undang-Undang itu mempunyai 37 fasal dan enam bahagian yang mana ia dibahaskan 10 anggota Parlimen membabitkan lima dari Barisan Nasional (BN) dan lima dari pembangkang sejak pukul 11.30 pagi sebelum ianya diumum diluluskan kira-kira pukul 4.45 petang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Antara ciri-ciri utama dalam rang undang-undang itu ialah membolehkan (MAS) beroperasi pada kos yang munasabah dari kos bekalan, perkhidmatan, kakitangan termasuk kaedah-kaedah kerja dan terma-terma untuk kakitangan baharu.

"Ini (Rang Undang-Undang) juga membolehkan syarikat baharu ini beroperasi pada standard yang tinggi," kata Abdul Wahid sambil menambah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), cabang pelaburan kerajaan, komited untuk membantu kakitangan MAS yang tidak mahu berpindah ke pengurusan syarikat baharu.

Beliau berkata Khazanah akan mewujudkan pusat latihan semula kakitangan MAS yang memilih untuk tidak berhijrah bagi panduan kerjaya, kaunseling dan keusahawan.

Menurutnya, pusat penempatan semula kakitangan juga akan diwujudkan untuk kakitangan yang hendak berhijrah dalam kumpulan Khazanah dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain.

"Tentang pemilihan kakitangan yang bakal menyertai syarikat baharu, mereka akan menjalani proses pemilihan dari segi kemahiran dan budaya kerja (sebelum dipilih)," katanya.

Beliau berkata kira-kira 14,000 pekerja akan diletakkan dalam syarikat baharu ini berbanding 20,000 kakitangan sedia ada ketika ini.

Sebelum ini, Khazanah dilaporkan akan menubuhkan pusat khas bagi memberi sokongan penempatan kepada kira-kira 6,000 MAS yang akan diberhentikan berikutan proses penstrukturan semula itu.

Tumpuan pusat itu adalah menghulurkan sokongan termasuk sokongan profesional, emosi dan kewangan bagi membantu mereka untuk beralih ke peringkat kerjaya seterusnya.

Abdul Wahid berkata usaha membaik pulih berkaitan pekerja dan pembekal akan berpaksikan prinsip keadilan dan ketelusan.

Ini katanya, termasuk memperkukuh barisan kepimpinan MAS yang baharu yang dijangka beroperasi pada Julai 2015 membabitkan ahli lembaga pengarah, pengurusan pertengahan dan atasan dalam memastikan kepimpinan syarikat baharu boleh membawa keuntungan kepada MAS.

Beliau juga berkata pentadbir syarikat yang baharu dibenarkan untuk berunding semula dengan semua pembekal sedia ada mengenai harga baharu yang ditawarkan.

Bagaimanapun, katanya jika syarikat terbabit tidak bersetuju, maka syarikat boleh mendapatkan pembekal yang lain.

"Khazanah akan melihat kontrak yang relevan dan tidak semua kontrak akan dilindungi, contohnya kontrak katering," jelasnya.

Dalam pada itu, Wahid berkata, ketika ini MAS mengalami kerugian sebanyak RM5 juta sehari, manakala sebanyak RM748 juta kerugian dicatatkan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

"Ini berikutan struktur operasi dan jumlah pekerja yang ramai dan untuk membolehkan syarikat baharu nanti lebih berdaya maju, adalah penting untuk syarikat diberi peluang memilih pekerja mengikut terma-terma yang mampu meningkatkan produktiviti," jelasnya.

- Bernama

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »