Murid 6 Tahun Dicampak Dari Tingkat 2 Oleh Murid Sekolah Pula..

Ya Tuhan. 

Gila kaw.

Ini boleh jadi kes bunuh neh. Kecik2 ada niat nak membunuh orang. Nak cakap lebih2 kang susah juga. Sebab yang campak budak 6 tahun neh budak sekolah gak. Budak sekolah yang mengambil kelas pendidikan khas. Maksudnya mentaliti dia memang masalah sikit la. Tapi payah juga beb. Mental dia masalah, dia nak babitkan nyawa anak2 orang pula.

MANA BOLEH.

Dan tak mustahil ye. Esok lusa murid2 lain lak jadi mangsa. Mungkin ibu bapa kepada kanak2 OKU (yang ada masalah) akan rasa tak adil akan persepsi yang dikenakan terhadap anak2 mereka. Aku kadang2 faham gak. Sebab memang ada sedara macam tue. Tapi tak ganas sampai nak campak2 anak orang oke.

Namun. Kena faham la. Ini soal keselamatan. Aku rasa ibu bapa yang takut anak2 dia kena campak lagi risaukan keselamatan anak masing2.

Semua pun sayangkan anak2. So.. faham2 la ..

Seorang murid pra sekolah di Taman Tasik Jaya  cedera akibat dicampak oleh murid lain dari tingkat dua sekolah berkenaan tengah hari semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 petang itu, mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Adam Fikri, 6,  mengalami cedera di dahi, patah tangan kiri, paha dan pangkal tulang pinggul.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku sewaktu murid berkenaan dalam perjalanan ingin berjumpa ibunya di bilik guru yang terletak di tingkat 2.

Katanya, semasa dalam perjalanan itu, mangsa dikatakan melintasi sekumpulan pelajar, sebelum diangkat oleh seorang murid lain, lalu dicampak ke bawah.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan patah tangan serta kaki kanan.

“Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar,” katanya.

Mangsa kini dirawat dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan murid yang melakukan perbuatan itu merupakan seorang pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut sebelum tindakan susulan dilakukan.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »