PKR, DAP Bidas PAS Kelantan Isu Hudud - Timbalan MB Kelantan Kata Difitnah Wartawan.


PKR dan DAP sekarang berbalas hujah dengan PAS isu hudud. Semua neh gara2 satu laporan yang mana PAS cadangkan penggunaan gilotin untuk kerat tubuh badan penjenayah yang dikenakan dibawah akta hudud andai ia dilaksanakan kelak di Kelantan.

Rujuk ;


Dengar je nama alat kuno. Then babitkan kerat2 orang. Maka. PKR dan DAP sentap la. Ini respon dari mereka serba sedikit ;

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP amat kecewa dengan keputusan PAS Kelantan yang mahu meneruskan pelaksanaan hukum hudud mereka apabila mempertimbangkan penggunaan gilotin – alat yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793.
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong berkata, Malaysia tidak memerlukan undang-undang yang bersifat kejam seperti itu.
"Begitu obses dengan kaedah yang tidak berperikemanusiaan oleh Nik Amar amat mengecewakan," kata Liew, yang juga ahli Parlimen Kluang, merujuk kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.  -TM-

Kalau ko baca ayat di atas secara tak langsung gambarkan pendirian PKR dan DAP dalam isu berkaitan hudud yang mana ;

1. DAP dan PKR anggap undang2 HUDUD tue sendiri KEJAM

2. DAP dan PKR juga anggap kaedah (potong anggota) tue KEJAM

3. Tidak terhad kepada jenis alat atau kaedah semata2

Apasal si mangkok ayun neh tak membidas PAS isu HUDUD dalam PRU ke 12 dan 13 yang lepas? Sebab undi ek?

WAKAKAKA..

Adoi. Satu persatu topeng lue sudah buka. Bagus sebenarnya. Mendidik rakyat untuk kenal yang partisan hanya mahu undi. Ini termasukla PAS sekalipun. 

HAHA.

Berbalik kepada isu penggunaan gilotin tadinya tue. Berikut kat bawah ialah penafian dari timbalan MB Kelantan sendiri. Katanya. Dia tak pernah fikir pun untuk gunakan alat gilotin untuk potong mana2 anggota tubuh badan pesalah. Tapi. Cadangan tersebut diberikan oleh wartawan yang melaporkan hal berkenaan. Kalau baca dari Malaysiakini, mereka semua petik dari rujukan THE STAR. So jelas la yang si Amar neh cuba nak gambarkan wartawan dari THE STAR yang fitnah dia.

Baca ;

Timbalan MB Kelantan: Laporan isu gilotin tidak tepat #SHSemasa

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mendakwa laporan berita sebuah portal melibatkan isu gilotin yang disiarkan hari ini kurang tepat.

Melahirkan kekesalan atas perkara itu, Mohd Amar selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan melalui Setiausaha Sulit Kanannya, Mohd Khairil Hazmie Yusof menjelaskan, kaedah penggunaan gilotin itu telah dicadangkan wartawan yang menghubunginya itu.

"Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Negeri Kelantan melahirkan rasa kesal dengan laporan tidak tepat dan menimbulkan salah faham masyarakat berhubung kaedah penggunaan 'gilotin' berkenaan.

"Sehubungan dengan itu, suka dimaklumkan bahawa apa yang berlaku dalam perbualan telefon tersebut adalah wartawan berkenaan yang telah mencadangkan kaedah 'gilotin' berkenaan berdasarkan 'pandangan awam'," kata Mohd Khairil dalam satu kenyataan, hari ini. -SH-


Amboi. The Star. Cari millage persepsi untuk takutkan orang awam dengan HUDUD ka? Atau ada tangan2 belakang yang berperanan sengaja mahu hangatkan politik negara dengan isu hudud? Dan boleh la akhbar laporkan pergaduhan PAS, PKR dan DAP dalam isu berkenaan?

Haha.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »