Senarai Nama-Nama Jalan Sekitar KL Yang Ditukar Bermula 26 November 2014.

Buat kerja poyo semata2 nak mendaulatkan monarki la sangat. Tak faham aku. Benda takde faedah macam neh yang dok beria2 sangat tukar.

Haha.

Nama-nama jalan di sekitar Kuala Lumpur yang selama ini sudah dikenali bakal diberikan nama baharu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam kenyataan media yang ditandatangani Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Tapa, tindakan penamaan semula tersebut adalah sempena nama raja-raja yang pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Nama-nama baharu itu akan mula digunakan pada Rabu, 26 November.

Nama-nama jalan baharu tersebut ialah:

1. Jalan Duta akan ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim
 
 
2. Jalan Khidmat Usaha akan ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
 
3. Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut  sehingga persimpangan Jalan Pahang) akan ditukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah
 
4. Persiaran Duta akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
 
5. Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin

6. Lebuhraya Mahameru akan ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar
 
7. Persiaran Mahameru akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Ja'afar
 
8. Jalan Semarak akan ditukar menjadi Jalan Sultan Yahya Petra


Sumber : Awani.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »