SPRM Tidak Minta Maaf Langsung - Isteri Kepada Arwah Sarbaini.

Sedih kan.


Ada beberapa pihak yang macam tak dapat tangkap the real isu dalam perkara neh.

Pertama. Sarbaini meninggal dunia dalam siasatan.

Kedua. Siasatan tersebut tidak dapat membuktikan samada dia pesalah ataupun tidak.

Ketiga. Bila dah tak dapat buktikan dia penjenayah, maka status arwah Sarbaini adalah bersih ataupun kurang2nya belum disabitkan pertuduhan lagi.

Keempat. Jika arwah Sarbaini adalah penjenayah, SPRM perlu buktikan dengan hujah dan fakta.

Kelima. Memandangkan SPRM tidak menyediakan apa2 bukti berkaitan jenayah dengan arwah Sarbaini, maka tuduhan penjilat2 SPRM ke atas arwah adalah fitnah.

Keenam. Tahu tak bagaimana fitnah2 itu menyakiti ahti isteri arwah dan ahli keluarganya?

Ketujuh. Ada pihak2 yang memandang ringan akan perkara ini memandangkan mereka terpengaruh dengan persepsi negatif bahawa arwah adalah penjenayah (terlibat dengan rasuah).

Kelapan. Maruah arwah dan keluarga Sarbaini yang terjejas, ada tak SPRM peduli?

Kesembilan. Mati dalam bangunan SPRM itu sendiri merupakan perkara yang layak dipersoalkan dan dipertikaikan. Dia mati ketika sedang menjalani soal siasat. 

Kesepuluh. Sudah la SPRM tak dapat buktikan salah laku rasuah yang babitkan arwah, mati pula dalam bangunan SPRM, dan SPRM pula lepas tangan daripada bertanggungjawab.

Nampak tak kat situ?

Nampakk?

Lue fikirlah sendiri ek.

Baca ;
Masiah @ Maziah Manap, balu kepada penolong pengarah kastam Sarbaini Mohamed, berkata sejak April 2011, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil memohon maaf ekoran kematian suaminya di pejabat suruhanjaya itu.

Memberikan testimoni di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Maziah berkata, beliau memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan untuk suami, diri sendiri dan keluarganya.

Katanya, beliau ingin tahu bagaimana suaminya, yang sihat ketika keluar rumah pada 6 April 2011, pulang ke pangkuan mereka dengan tidak bernyawa.

Justeru, kata Masiah, SPRM harus bertanggungjawab terhadap kematian allahyarham di bangunan mereka.

Dalam tangisan di kandang saksi, beliau menyatakan rasa kecewanya kerana sejak insiden itu berlaku, tiada pegawai SPRM yang datang kepada mereka untuk meminta maaf.

Beliau berkata, suaminya seorang yang takutkan tuhan dan sering ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Allahyarham juga sepatutnya mengerjakan haji pada tahun itu.

Justeru, kata Masiah, suaminya tidak akan menerima sebarang pemberian atau terlibat dalam kegiatan rasuah.

Sarbaini ditemui mati selepas pergi ke SPRM Kuala Lumpur untuk membantu siasatan yang dibuat terhadap Jabatan Kastam. -MKINI-

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »