DBKL Dedah 'Orang Dalam' Bocor Maklumat Operasi Punca Gagal Tanggani Lambakan Peniaga Warga Asing.


Dah tahu ada SPY, maka siasat la sapa yang jadi SPY tue. Cari laju2 dan terminate. Konon sembang depan media nak menyalahkan orang dalam padahal diri sendiri tidak mampu menyelesaikan masalah berbangkit dengan effisen. Sebagai ketua, kau patut dah lama rangka strategi bagi mengesan siapa yang jadi dalang bocor maklumat operasi, upah SPY untuk lakukan siasatan dari kedai ke kedai, kumpul maklumat dan bukti dan kemudian ambush kedai2 tersebut, berikan amaran dan tindakan tegas kerana menyalahgunakan tapak premis perniagaan dengan sewakan pada warga asing.
Orang yang betul2 nak meniaga macam aku tak dapat2.
Orang yang bukan nak meniaga tapi dapat tapak dan sewakan pada warga asing.
Bila warga asing berlambak2 di warga kota, memekak plak rakyat Malaysia neh.
Bila warga asing meniaga sana sini maki depa kaw2. Tapi sedar tak sedar yang buat kerja2 bangsat neh warga sendiri gak. 
Lue fikirlah sendiri ek.
Terdapat ‘orang dalam’ yang membocorkan maklumat operasi sehingga menyebabkan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), gagal.
Perkara tersebut diakui Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib yang menyuarakan kebimbangan isu lambakan peniaga asing menyewa premis perniagaan daripada pemilik warga tempatan.
Tegasnya, DBKL tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada pendatang asing untuk berniaga.
“Kita sudah mengambil tindakan berpuluh kali tetapi bila kita hendak ambil tindakan, ada pihak yang membocorkan maklumat.
“Kita tidak boleh nafikan kebocoran maklumat operasi itu dilakukan oleh orang dalam DBKL itu sendiri,” katanya selepas merasmikan Majlis Penghargaan Sempena Hari Penguatkuasaan DBKL 2014 di Taman Tasik Titiwangsa, hari ini.
Katanya, faktor lambakan peniaga asing disebabkan sikap rakyat tempatan itu sendiri yang menyewakan tapak kedai mereka sehingga menyebabkan DBKL terpaksa meletakkan penguatkuasa di lokasi. Sekiranya perkara ini tidak ditangani segera, katanya, ia menyebabkan imej di KL seolah-olah dikawal oleh pendatang-pendatang dari segi perniagaan kecil-kecilan.
 
“Peniaga-peniaga tempatan terutama golongan tua tidak mahu berniaga lagi, mereka serah kepada pendatang-pendatang asing.
“Kita perlu dapatkan kerjasama daripada rakyat tempatan, terutamanya kita kena galakkan mereka supaya terus berniaga.
“Saya tidak nafikan memang ada, bila kita hendak ambil tindakan, tuan yang menyewa itu duduk depan, bila tidak ada pendatang asing yang berniaga,” katanya.
Tambahnya lagi, faktor harga sewa yang rendah juga menjadi penyumbang tapak perniagaan dimonopoli pendatang asing.
“Kemungkinan pada masa akan datang pasar seperti Chow Kit dan pasar Raja Bot yang sedang dalam proses pengubahsuaian akan dipenuhi peniaga-peniaga yang bukan rakyat tempatan.
“Ramai rakyat tempatan mengambil kesempatan ke atas sewa yang rendah dan potensi untuk sewakan semula tinggi,” katanya.
Jelas Ahmad Phesal, pihaknya akan meneliti semula kadar sewa yang terlalu rendah sehingga menyebabkan margin antara sewa dengan potensi pendapatan tinggi.
“Maknanya kalau dia sewa daripada kita RM120 atau RM190 tetapi dia boleh dapat potensi sewa sampai RM3,000, buat apa dia hendak duduk situ, lebih baik dia sewa.
“Pada masa yang sama DBKL menghadapi masalah, semakin kita naikkan sewa mereka kata kita menindas penjaja-penjaja,” ujarnya.
Pada Ahad, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar sikap ‘rakus’ pemilik lesen perniagaan di Jalan Petaling kerana meraih pendapatan dengan menyewakan lesen perniagaan sehingga mencecah RM8,000 hingga RM9,000 sebulan kepada warga asing. -ST-

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »