Harga Telefon & Pelbagai Gajet Dijangka Naik Susulan Pelaksanaan GST Bermula April 2015.


Pengarah Urusan Cell Centre Mobile Solution, Chris dilaporkan berkata sejajar dengan pelaksanaan GST pada April 2015, harga gajet seperti telefon pintar dan tablet dijangka meningkat susulan perniagaan membabitkan telekomunasi dan gajet telekomunikasi antara industri dan perkhidmatan yang tertakluk kepada jenis barang dan perkhidmatan yang akan dicukai melalui GST.

Ini bermakna setiap pembelian berkaitan telefon dan alat-alatan berkaitan telekomunikasi juga akan tertakluk kepada bayaran GST oleh pengguna akhir bermula April 2015. 

"Kami menjangkakan penjualan telefon pintar akan terjejas (susut) berikutan dengan pelaksanaan GST pada tahun depan. Harga telefon akan diselaraskan (meningkat) susulan dengan pengenalan GST. Namun trend ini dipercayai hanya kesan sementara", Chris dilaporkan berkata.

Chris juga mencadangkan agar pengguna membeli telefon bimbit sebelum GST dilaksanakan memandangkan pengguna boleh mendapatkan gajet tersebut dengan harga yang lebih murah berbanding selepas GST dilaksanakan namun yakin bahawa pengguna tetap akan membeli telefon idaman mereka walaupun selepas pelaksanaan GST meskipun harga gajet berkenaan akan meningkat susulan dengan pelaksanaan GST dalam industri berkaitan telekomunikasi bermula April depan.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

JualBeli Motor Dan Segala Kelengkapan Permotoran Disini

100Mbps Hanya RM149 Dengan Time Internet

BolehCompare : Portal Perbandingan Perkhidmatan Yang Pertama Di Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »