Kisah Sedih Ayub Viral Di Facebook - Guru Contoh YG Perlu Semua Guru Ikuti.


Inila yang orang kata cikgu yang betul2 menjadi cikgu atas nama mahu mendidik murid2. Bukan sekadar jadi cikgu atas nama itu je kerjaya yang mampu dia buat. Pergi pagi balik petang janji dapat gaji sudah la. Dedikasi ka kesungguhan ka matlamat nak membantu murid2 ka apa pun takdak.

Aku share kisah neh sebab tertarik kesungguhan cikgu neh yang beria2 sangat mahukan kejayaan untuk anak2 muridnya terutamanya dari golongan yang susah agar murid2 itu nanti kelaknya dapat mengubah masa depan keluarga.

Btw, zakat mana zakat? Macam biasa. Bila babitkan hal keluarga susah, orang ramai gak kena keluarkan duit untuk bantu mereka.

Bayar zakat kat kerajaan pun tak mengubah keadaan.
Baik bayar zakat sendiri.

Untuk rekod, sejak kisah sedih berkenaan Ayub disiarkan, dekat 6k orang SHARE di laman facebook dan ramai yang tampilkan diri mahu membantu kesusahan yang dialami oleh keluarga tersebut. Tahniah rakyat Malaysia dan terima kasih sebab amek alih tugas agensi zakat kita. Korang semua memang terbaik la. 

Baca lah ;

* Saya perlu menceritakan kisah ini.

Ayub bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah. Ayub mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 2. Masih ada kakak yang bersekolah di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya.

Ayahnya bekerja kampung sahaja - sesekali saya melihat abangnya Syuaib atau Ayub membantu ayahnya di kampungnya. Rumah yang didirikan tanpa cat yang indah dan berhias. Tahun lalu, rumah mereka antara yang dipukul ribut. Allah mentakdirkan waktu itu saya masuk ke rumah bersama suri saya, anak lelaki saya dan sahabat saya pensyarah di IPG Puan Umaimah Mohd Idris. Kami memberikan bantuan sedaya yang mampu. Hati saya pilu dan sebak melihat pingat kebanggaan yang dicapai di sekolah digantung tepi almari rak yang usang, begitu juga itulah sahaja rak yang menempatkan semua buku dan alatan tulis. Masih ingat lagi, senarai barangan Hari Raya yang belum dibeli yang saya nampak di atas meja untuk setiap adik -beradiknya. (Yes, i cried )

Lawatan sekolah ke Seremban menaiki komuter dan ETS baru-baru ini sebetulnya dibayar sepenuhnya oleh seorang guru (diminta untuk dirahsiakan) kerana pada awalnya dia sudah berkata dia tidak mampu untuk pergi berhibur walau sekali dalam hidupnya. Bukan keperluan mengikut kata keluarganya.

Ayub; saya sifatkan seorang anak yang pemalu, sekadar ' pengikut - follower', tidak tahu apa yang dimahukannya. Periang dan potensi diri belum diluahkan lagi. Sepanjang tahun sekadar paling kuat 2A atau 1A. Saya sentiasa menitipkan nasihat di telinganya. Malah, leteran itu sentiasa dan acap kali tanpa jemu. Tanggungjawab saya.

" Ayub, ingatlah , emak ayah bukan orang senang "
"Ayub, kurangkan main"
"Ayub, kalahkan kakak Siti yang dapat 3A2B tu"
"Ayub, tengok ayah, kesiankan kerja susah"
" Ayub, dirikan solat "

Ayub hanya sekadar senyum tersengih. Tapi, saya tahu ayat-ayat saya sampai masuk ke dalam hatinya. Saya selalu teringatkan emaknya menghantar mereka adik-beradik satu motor beramai-ramai. Atau, kadangkala, Ayub atau kakaknya berjalan kaki dahulu sebelum diambil ibunya. Ia seperti adegan drama yang amat melekat dalam hati saya. Begitu jugalah gambaran dalaman rumah Ayub. 

Sentiasa di kepala.

Kelmarin, selaku guru kelas saya memanggil nama Ayub untuk keputusan UPSRnya, saya tahu saya akan 'banjir' dengan air mata saya. Saya berdiri sekeliling melihat ayah Ayub sedang berdiri berdebar.

"Bahasa Melayu Pemahaman A
Bahasa Melayu Penulisan A"
Saya lihat riak mukanya lagi.
" Matematik A
dan, Sains A "

Saya lihat air mata Ayub sudah mengalir. Ya, dia tidak percaya. Kejutan buat dirinya. Kejutan buat warga guru. Kejutan buat keluarganya juga.

Ketika mahu menyebut keputusan Bahasa Inggerisnya ialah B, saya sudah menangis hiba. Saya lihat ayahnya menangis kegembiraan. Anaknya tidak mendapat 5A tetapi dia gembira anaknya memperoleh 4A 1B. Suatu yang tidak disangka selama ini.

Saya menangis kerana terkenangkan keluarganya yang susah. Betapa sukarnya saya selaku cikgu mahu menyuruh anak murid lelaki untuk berubah dan konsisten belajar. Saya membayangkan juga rumahnya yang dipukul ribut. Saya terkenangkan 'senarai' itu. Saya terkenangkan rak almari itu. Saya terkenangkan atap rumah yang terbang hampir hilang semuanya. Saya terkenangkan Ayub yang membantu bapanya di kebun atau kerja-kerja kampung. Saya terkenangkan Ayub yang sentiasa pemalu dan tersenyum, tidak pernah menangis selama ini, tiba-tiba menangis dengan hiba dan sebak atas kejayaan yang tidak disangkanya sendiri.

Masyaallah. Kisah keluarga ini benar-benar satu inpirasi buat saya. Tentang percaya kepada misi mendidik anak bangsa hingga ke semangat yang terakhir.

Akhirnya, hampir semua warga guru dan ibu bapa turut menangis mengikut air mata saya , apalagi selepas itu ayahnya datang memeluk erat anaknya. Ayahnya yang garang dan tegas - sentiasa ditakuti anak-anaknya. Ayahnya yang selalu berharap dari jauh. Namun, kasihnya hari itu telah ditunjukkan.

Allah. Allah. Allah. Allahuakbar. Saya tidak akan lupakan kemanisan ini sepanjang hidup. Ia lebih bererti menjadi seorang 'cikgu kampung' daripada menjadi orang yang berbaju kemas, bertali leher di pejabat berhawa dingin. Hidup saya lebih bermakna di sini. Ia menambah nilai kepada diri keseluruhannya. Demi Allah. Untuk tuhanku.

Tahniah Ayub, cikgu belajar sesuatu daripada kamu tentang hidup.

----------------------------------

Dengan nama Allah, nama maha Agung, sifatNya yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Terima kasih kepada Allah, ekoran daripada status FB saya tentang pengkisahan Ayub yang telah menjadi 'viral, saya dihujani dengan pelbagai mesej / komen dalam kantung inbox saya. Ramai yang merasa keharuan dan sebak dengan cerita ini.

Hakikatnya, Ayub bukanlah satu-satunya murid yang sebegitu. Terlalu ramai seperti Ayub di luar sana. Di pedalaman Sabah, Sarawak, ceruk hujung Kelantan, malah di mana-mana. Saya menulis semata-mata mengenangkan perjuangan dan susah payah kehidupan bagi sebuah keluarga yang kurang bernasib baik.

Tuan-tuan yang baik hati,

Saya bersama guru-guru lain telah bersedia untuk membantu Ayub dan rakan-rakan lain yang telah berjaya. Insyaallah, akan saya usahakan untuk menyekolahkan Ayub di sekolah yang lebih baik. Berdoalah, mudah-mudahan ianya menjadi realiti. Dan pertolongan kami (warga sekolah) tidak terhenti di sini.

Untuk pengetahuan, adik perempuan Ayub juga bakal menduduki UPSR tahun hadapan, dan akan saya berjuang selagi daya sekali lagi hingga ke semangat yang terakhir.

Buat yang menulis kepada saya yang mahu memberikan bantuan, saya hanya memiliki nombor akaun (Tabung Haji) Ayub. Jika tuan-tuan masih berminat boleh lah saya lampirkan ke dalam mesej tuan. Maafkan saya kerana lambat membalas kerana saya sendiri sangat terkejut dengan 'viral ' ini dan FB saya tiba-tiba 'diikuti' pula sebegitu ramai follower dan 'requested friends'.

Moga Allah memberikan pahala buat tuan semua yang menghargainya. Allahumma amin. Barakallah fikum. Saya hanyalah sekadar "Sang Pencerita" bagi kisah-kisah manis dan duka alam persekolahan.

Rujukan : sini

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

JualBeli Motor Dan Segala Kelengkapan Permotoran Disini

100Mbps Hanya RM149 Dengan Time Internet

BolehCompare : Portal Perbandingan Perkhidmatan Yang Pertama Di Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »