Malaysia Sign MoU Bawa Masuk Pekerja Bangladesh 12,000 - Najib Razak.


Susulan kedatangan PM Bangladesh bersama kumpulan delegasinya ke Malaysia dalam program lawatan kerja. PM Malaysia yang lembik dan gedik iaitu Najib Razak telah bersetuju untuk membawa masuk lagi pekerja dari Bangladesh bagi memenuhi permintaan dan keperluan di sektor perladangan secara berperingkat.

Najib telah tandatanggani satu perjanjian persefahaman bagi membawa masuk lebih banyak pekerja2 dari Bangladesh ke dalam negara.

Sebenarnya. Pekerja2 asing kat negara neh dah terlalu banyak.

Punca kenapa orang Malaysia malas kerja di sektor perladangan adalah atas faktor gaji yang tak setimpal dengan tenaga yang ditawarkan.

Jadi. Negara perlu membenarkan warga asing masuk bagi memenuhi permintaan dalam sektor tersebut. Aku tak dapat nafikan sektor perladangan sangat penting. Tapi. Masalah sekarang kerajaan kita gagal uruskan kebanjiran warga asing secara sistematik. Walaupun kita bukan meluat kat warga asing tapi kita meluat juga kalau mereka terlalu banyak sehingga mendominasi satu2 kawasan sampai warga tempatan rasa terpinggir. Contoh. Kawasan Chow Kit.

Aku rasa. Najib perlu selesaikan terlebih dahulu masalah berkaitan warga asing berbanding jemput mereka ke sini beramai2 untuk kerja.

- Masalah warga asing yang kena tipu dengan agent sehingga tersekat di negara neh.

- Masalah warga asing yang masuk secara tipu dan haram.

- Masalah agent warg asing yang bawa masuk warga asing banyak2 meskipun tanpa tawaran pekerjaan.

- Masalah kebanjiran warga asing yang conquer satu2 kawasan sehingga merisaukan orang awam.

- Masalah warga asing yang datang sini atas tujuan berbuat kejahatan.

- Masalah warga asing yang memperdayakan kita dengan IC palsu.

Aku harap kerajaan kita boleh selesaikan dulu masalah2 berbangkit di atas sebelum sign MoU sana sini untuk jemput warga asing mai kerja kat sini. 

Petikan berita BH Online ;

Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Bangladesh bagi membawa masuk 12,000 pekerja dari negara itu untuk bekerja di sektor perladangan di Sarawak, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, sektor perladangan di Sarawak kini memerlukan 60,000 pekerja yang akan dipenuhi secara berperingkat.
"Kita akan lihat penyesuaian 12,000 pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk dalam masa terdekat. - BH -

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »