MP UK Janji Tidak Akan Bermain Candy Crush Selepas Dikantoikan.


Berita politik luar negara.

1. Seorang ahli parlimen di UK dikritik hebat apabila satu gambar yang memaparkan dia sedang bermain satu permainan bernama 'Candy Crush' pada sesi pendengaran parlimen yang membahaskan satu usul berkenaan pembayaran pencen.

2. Ini ialah gambar yang tersebar meluas di laman sosial.


3. Gambar berkenaan dilaporkan dan disebarkan oleh The Sun UK.


4. Susulan dari penyebaran gambar di atas, ahli parlimen bernama Nigel Mills itu dikecam hebat oleh pembayar cukai kerana tidak menumpukan perhatian pada sesi perbahasan mengenai usul perihal pencen yang dibincangkan bersama jawatankuasa khas lantikan.

5. Gabungan kesatuan pembayar cukai sifatkan tindakan Nigel adalah tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang ahli parlimen dan gaji ahli parlimen tidak dibayar untuk mereka bermain game di dalam parlimen. Apatah lagi bermain menggunakan IPAD yang dibayar oleh pembayar cukai.

6. Untuk rekod. Antara manfaat yang diperolehi oleh ahli parlimen di UK ialah mendapat satu set IPAD percuma atas nama memudahkan urusan kerja.

7. Selepas dikantoikan, Nigel mengakui dia memang ada bermain permainan tersebut sebanyak sekali atau dua ketika 'lalai' dari tugasan sebenar. Namun saksi kejadian menafikan kenyataan tersebut. Menurut saksi, Nigel dilaporkan bermain game tersebut dan leka dengannya sepanjang sesi pendengaran hampir 3 jam.

8. Dan, dia berjanji untuk cuba tidak bermain lagi permainan tersebut pada masa akan datang.

9. Tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap ahli parlimen tersebut.

10. Namun pihak yang membocorkan maklumat tersebut dan menyerahkan gambar kepada akhbar akan disiasat dan berkemungkinan besar akan berdepan dengan tindakan tatatertib yang mana berisiko 'dikeluarkan' dari parlimen.

Nampak gayanya. Kat sana pun whistlerblower kena siasat gak. Bukan hanya di Malaysia saja.

Ha Ha Ha

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »