Pengguna Facebook Kantoikan IJF, Individu Yang Terlibat Dalam Insiden Keganasan Di SSA.

Ini apa yang menjadi viral di laman sosial. Pada semalam IJF menafikan mereka terlibat dalam insiden keganasan di stadium Shah Alam. Dan memutuskan untuk patuh pada titah TMJ dengan membubarkan organisasi mereka.

Rujuk sini.

Selain dari TMJ yang mengeluarkan larangan bahawa IJF tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium dan tiada kaitan dengan bola sepak Johor, KJ juga menyeru agar FAM mengeluarkan larangan bahawa mereka2 yang bertutup muka juga dilarang dari memasuki mana2 stadium agar kejadian sama tidak berulang lagi.

Susulan daripada penafian admin IJF berkaitan insiden keganasan di SSA, satu gambar yang mendedahkan seorang individu yang mengakui ahli IJF dan terlibat pula dalam insiden keganasan disebarkan oleh pengguna media sosial.

Rujuk ;


1. Individu dalam gambar di atas upload satu gambar yang menunjukkan dia telah tiba di Shah Alam.

2. Lihat hashtag yang ditaipnya.

3. Lihat pula pada pakaian nya.

4. Dia berhampiran dengan mereka2 yang melakukan keganasan.

5. Maka, ini dianggap sebagai bukti / hujah bahawa insiden tersebut didalangi oleh IJF walaupun IJF menafikan penglibatan mereka.

6. Untuk rekod, kenyataan terbaru dari Zahid Hamidi dan PDRM mengesahkan bahawa ;

- Individu2 yang melakukan keganasan telah dikenalpasti.
- Beberapa pihak telah disoalsiasat dan dilepaskan dengan jaminan polis.
- Insiden berpunca dari penyokong bola sepak Malaysia yang memulakan provokasi membaling botol air dan beberapa objek ke arah penyokong Vietnam.
- Penyokong Vietnam yang tercedera tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis biarpun dinasihati oleh PDRM untuk berbuat demikian.
- Kawalan ketat keselamatan dalam stadium akan dipertingkatkan bagi mencegah insiden sama berulang di kemudian hari.

7. Dan, individu di atas, selepas tersebarnya gambar dia di laman sosial, telah menutup account facebooknya dan menghilangkan diri.

Apa dah terjadi?

Betul ka dia pun terlibat sama melakukan keganasan?

Sama2 tunggu siasatan lanjut.

Bai.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »