Blogger Pro Pakatan Rakyat Dipenjara 3 Bulan Serta Merta.


Blogger Amizudin Ahmat hari ini dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah bersabit dengan penerbitan artikel-artikel yang memfitnah bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Ini kerana dia gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah kerana berterusan menyiarkan artikel memfitnah Rais dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan.

Barisan panel lima hakim diketuai hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap Amizudin, 44, selepas menolak permohonannya bagi kebenaran untuk merayu.

Beliau berkata Amizudin tidak boleh mendapatkan kebenaran kerana persoalan undang-undang yang ditimbulkannya tidak memenuhi keperluan minimum mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.


Perayu dalam kes sivil mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan yang berupa mahkamah yang lebih tinggi.


Sejurus keluar dari mahkamah Amizuddin digari dan keluarganya dilihat mengalirkan air mata. Amizuddin sebelum dibawa pergi berkata, 'Assalamuailaikum, kita akan terus berjuang".


Amizuddin menulis di sharpshooterblogger.blogspot.com. Rais Yatim sebelum ini telah menyaman Amizuddin atas alasan Amizuddin menerbitkan artikel berbentuk fitnah ke atasnya dan Rais menang dalam kes tersebut dimana menyaksikan Amizuddin dikehendaki membayar wang 300,000.00 sebagai tuntutan dan 50,000 (kos asal 100,000 yang kemudiannya dikurangkan separuh) sebagai kos mahkamah.

Untuk rekod, bagi mereka yang mengikuti perbicaraan tersebut, Amizuddin sebenarnya disaman kerana menerbitkan semula artikel yang disiarkan di portal lain.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »