Ibu Bapa Yang Merotan Anak2 Akan Dikenakan Tindakan Undang-Undang Melalui Akta CRC Di Malaysia Mulai 2015.


Ibu bapa tidak lagi boleh menghukum anak mereka dengan menggunakan cara merotan bagi tujuan didikan. Ya. Itu adalah kata menteri bila merujuk kepada pelaksanaan akta baru yang akan dibentangkan di parlimen pada Jun 2015 nanti.


1. Akta kanak-kanak 2001 akan digantikan dengan sejenis akta yang disebut sebagai CRC.

2. CRC ialah perjanjian konvesyen mengenai hak kanak-kanak.

3. CRC ditubuhkan untuk melindungi dan mempertahankan suara dan hak kanak-kanak mengikut peruntukan undang-undang dan Malaysia telah pun menandatangani perjanjian tersebut iaitu mahu turut bersama melaksanakan CRC di negara ini.

4. Antara peraturan yang terkandung dalam CRC ialah kanak-kanak tidak boleh disentuh atau dipukul menggunakan rotan atas sebarang tujuan sekalipun samada mendatangkan kecederaan ataupun tidak. Penggunaan rotan ke atas anak-anak disifatkan boleh menjejaskan emosi sekalipun fizikal dia tidak menunjukkan sebarang kesan ataupun kecederaan dan juga dianggap sebagai satu bentuk 'mempromosikan keganasan' ke atas anak-anak.

5. Sungguh pun merotan anak-anak dianggap sebagai satu bentuk kaedah bagi mendidik anak-anak yang degil namun perkara itu terpaksa dilaksanakan di Malaysia sejajar dengan perjanjian CRC yang telah ditandatangani dan dipersetujui oleh Malaysia. Malaysia sememangnya dalam keadaan sedar dan faham bahawa merotan anak-anak dianggap sebagai kesalahan serius sebelum bersetuju dengan perjanjian tersebut.

6. Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan CRC di Malaysia, ini apa yang dinyatakan oleh DS Rohani, CRC akan dibentangkan di parlimen bagi tujuan pembacaan dan perbahasan sebelum ia diserap sebagai undang-undang di negara ini dan kerajaan masih dalam rangka kajian untuk menentukan jenis hukuman ke atas ibu bapa yang merotan anak-anak mereka.

CRC akan menakutkan ibu bapa yang seringkali menggunakan rotan untuk menghukum anak mereka secara keterlaluan tetapi dalam waktu yang sama, CRC juga akan dianggap menyusahkan bagi ibu bapa yang menggunakan rotan untuk tujuan mendidik anak-anak nakal mereka.

Sungguh pun kerajaan mungkin berdepan dengan kritikan dari ibu bapa namun harus diingat, Malaysia bersetuju dengan akta ini adalah kerana mahu mempertahankan hak kanak-kanak di negara ini memandangkan kes penderaan yang membabitkan bayi dan kanak-kanak di Malaysia adalah sangat serius. Selain daripada merotan, akta ini juga mencakupi perlindungan kanak-kanak dalam pelbagai perkara.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »