Isu Non Muslim Dilarang Memakai Uniform Baju Kurung - Lepas Kantoi Pihak Sekolah Minta Maaf Pula.

Uniform sekolah kita sangat buruk dan hodoh. Aku sentiasa mengutuknya. Sejak aku bersekolah hingga aku habis bersekolah pun aku masih mengutuk uniform sekolah Malaysia.

Aku tak pernah suka uniform sekolah Malaysia. Yang aku suka uniform pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan aje sebab aku pernah jadi pengawas. Yang biasa, memang buruk dan teruk. Takde langsung keceriaan pada uniform sekolah kita. Hambar.

Baru2 neh kecoh sekolah menengah di Cheras telah melarang pelajar memasuki kelas kerana dia memakai uniform sekolah baju kurung. Dia ialah non muslim dan non melayu.

Baca : Pelajar non muslim dilarang memakai uniform sekolah. 

Kes itu viral. Pihak sekolah tampil berikan penjelasan. Ironinya ramai pula percaya dan telan bulat2 penjelasan pihak sekolah walaupun tak logik langsung. 3 hari. 3 hari si bapa perlu datang ke sekolah lebih awal kerana isu baju kurung yang dipakai oleh anaknya. Anaknya dilarang dari memasuki kelas. 

Alasan pihak sekolah. Butang-butang tidak dikancing dengan betul. Dan kegagalan untuk mematuhi kod etika pemakaian dengan betul.

Butang-butang? Ada satu butang aje kot kat baju kurung. Mana datang butang-butang pula. Setakat butang punya hal pun terus nak larang pelajar dari memasuki kelas ke?

Patut arah je la dia butangkan baju. Apa yang payah sangat sampai dilarang dari memasuki kelas?

Teruk sangat ke bahasa melayu anak pelajar kau sampai dia gagal faham perkara sesimple itu? Teruk sangat ke komunikasi ibu bapa dengan guru sekolah sehingga pihak sekolah gagal fahamkan bapa kepada pelajar tersebut? Perbincangan dibuat antara one by one dengan pihak sekolah. Bukan takde perbincangan langsung.

Nampak? Ada permainan disitu. Apa permainannya? Nak menutup kebenaran larangan memakai pakaian sekolah bagi non muslim.

Ini hakikatnya ;


Tue dia.

1. Pihak sekolah tampil membuat permohonan maaf. Dah kau kata pelajar tak patuhi kod etika pemakaian dengan betul pada awalnya sebagai alasan kau kan? Tapi apsal kau yang minta maaf hah?

2. Dan bermula semalam, 15 Januari buat pertama kalinya pelajar non muslim wanita di sekolah tersebut dibenarkan untuk memakai baju kurung ke sekolah. Yeayy menang akhirnya perjuangan mereka untuk memakai baju kurung ke sekolah.

3. Sungguh pun demikian ada beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pelajar2 dalam kod etika pemakaian di sekolah.

4. Kes tersebut di anggap selesai dengan persefahaman yang telah dicapai antara ibu bapa, persatuan ibu bapa dan pelajar dan pihak sekolah.

5. Namun pihak kementerian tetap akan meneruskan siasatan atas insiden tersebut sebelum memuktamadkan hasil siasatan kepada umum. Ini laporan dari The Rakyat Post.

Ini baru betul. Instead of melarang atau menghalang, kau bagi la garis panduan agar pelajar2 boleh pakai dengan betul.

Pun begitu. Pelajar2 sekolah di Malaysia khususnya bagi tingkatan 6 kena mula ke depan. Buat la macam persatuan pelajar seMalaysia bagi memperjuangkan hak pelajar2. Jangan lagi ikut cara kami yang dah melepasi zaman persekolahan. Aku rasa aku kerugian sebab tak nampak benda2 macam neh. Aku lagha. Bagi aku, pelajar2 zaman sekarang perlu lebih berani, terbuka dan lebih melawan dalam menuntut hak masing2 di sekolah. Antara perkara yang korang kena perjuangkan ialah hak berambut panjang bagi lelaki (tidak la sampai menyerupai wanita), hak menyimpan janggut, hak uniform sekolah bebas ataupun tukar warna dan corak uniform sekolah agar lebih ceria dan hidup dan hak untuk mendapatkan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan kemas.

Mula la berjuang. Jangan takut dengan ancaman dan kecaman masyarakat yang kononnya korang takde hak nak pertahankan hak-hak korang. Baik ini yang korang focus dari kumpul koleksi majalah mangga buat modal tengah malam.

HAHAHAHAHA.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »