JPJ Kantoi Lagi - Kali Ini Isu Saman Kerana Merokok Ketika Memandu.

Agensi penguatkuasaan di Malaysia kantoi malu lagi. Kali ini isu notis saman angkara merokok pula yang memalukan agensi penguatkuasaan di Malaysia.

Satu lagi. Perasan tak yang kita terlalu banyak agensi penguatkuasaan yang mempunyai skop tugas seolah-olah sama antara satu sama lain ;

- JPJ

- SPAD

- Polis trafik

Ketiga-tiga fungsi bagi agensi di atas adalah lebih kurang sama. Pada aku SPAD dan JPJ patut dibubarkan. Serap mereka ke dalam unit pasukan polis bagi menjalankan tugas-tugas pemantauan dan penguatkuasaan.

Pada semalam, ini viral di laman sosial ;


Agensi penguatkuasaan sekali lagi menjadi sasaran kritikan di laman sosial. Notis saman di atas viral dan pengguna media sosial mempersoalkan sejak bila menghisap rokok semasa memandu merupakan satu kesalahan di negara ini.

Dan kali ini JPJ pula yang menjadi mangsa mereka apabila gambar anggota JPJ sedang menghisap rokok diviralkan di laman sosial bagi tujuan memerli tindakan notis saman angkara merokok ke atas rakyat marhaen.

Lihat ;


Saman di atas dipercayai dikeluarkan oleh polis trafik kepada pesalah. Atas nama kegagalan mematuhi peraturan yang terkandung dalam akta pengangkutan jalan. Ironinya, agensi yang berkuasa menjaga akta berkenaan sendiri mempunyai anggota yang melakukan perkara (jika itu dianggap satu kesalahan) yang serupa.

Nampak tak permainan anggota keselamatan dan penguatkuasaan di negara kita macam mana?

Nampak?

Nampakk?

Ko nak main-mainkan rakyat? Hello, kau yang kena main balik dengan rakyat la wei. Bukan satu bukan dua tapi lawan kau beribu-ribu rakyat yang menggunakan media sosial untuk mengkritik tindakan double standard korang.

Amek kaw.

Kena setepek, kantoi!

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »