Lewat 3 Minit Kerana Solat Pun Driver Bas Nak Marah!

Ada gambar bas. Ada no plat. Ada lokasi perjalanan dan ada tarikh dengan waktu. Selain mengadu terus kepada pentadbiran syarikat bas ekpress tersebut elok juga viralkan di laman sosial untuk memberikan tekanan kepada pemandu-pemandu bas ekpress melayu khususnya kat negara neh.

Apa yang berlaku?

Baca ;


Memetik kenyataan pengguna media sosial tersebut, aku dapat tahu yang ;

1. Bapanya terlewat naik ke dalam bas ketika berhenti sebentar di kawasan rehat RnR.

2. Kemudiannya disebabkan terlewat naik ke bas selama 3 minit, driver bas memerli dan menyindir pakcik itu.

3. Ahti orang tua mestila rasa sentap apabila disindir kaw2 depan orang ramai pula tue. Tak bagi chance walau 3 minit punya cerita pun.

4. Yang peliknya. Ketika dia menghantar barangan untuk kiriman dan menunggu selama sejam takde pula orang merungut kata lambat dan membebankan atau apa. Pelanggan2 boleh aje bersabar dengan tindakan pemandu.

5. Tapi orang nak solat lewat 3 minit pun siap sindir macam bumi nak kiamat. 

Yang sebenarnya isu neh agak menarik perhatian juga sebab selama neh dah ramai sangat pengguna2 bas ekpress komplen apabila pemandu2 bas ekpress enggan berkompromi dengan pelanggan dalam perihal solat waima pemandu2 bas itu seseorang yang menganuti Islam sekalipun.

Kenapa jadi macam tue?

Hina sangat ke bagi manusia menunaikan solat sehingga perbuatan itu diperlecehkan dan dipersoalkan?

Balik2 mereka akan bagi alasan basi. Kalau taknak solat terganggu, pandai2 susun jadual waktu. Ya. Memang betul juga tue. Tapi kalau setakat 5,6 minit punya cerita tak payah la berkira sangat ye tak.

Solat yang seringkali terganggu kalau ko naik bas di waktu siang ialah ;

- Zohor
- Asar
- Maghrib

Yang neh memang mesti kena punya la dan kebarangkalian untuk kau berjumpa dengan pemandu yang berhenti solat mahgrib ialah 0.1%. Aku jarang naik bas ekpress tapi ada la sekali je dalam hidup aku bertembung dengan pemandu bas ekpress (TRANSNASIONAL) yang berhenti rehat pada waktu maghrib dan tunaikan solat terus. Bagus driver tue. Dia susun waktu rehat dia ikut waktu solat.

Dan selepas itu tak kira la aku naik bas pada waktu apa pun, aku suka naik waktu pagi dan siang sebab takut nak bergerak malam2 disebabkan aku ada masalah penglihatan yang seriyus, tak pernah dalam sejarah hidup aku pemandu2 bas berhenti untuk solat. Siyes. Tak pernah.

Aku tak faham kenapa dorang taknak berhenti untuk solat. Sebab polisi syarikat ke ataupun sebab ia sesuatu yang merugikan masa? 

Ce citer..

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »