MPPP Rampas Barang Perniagaan, Pemilik Kedai Makan Menangis Persoalkan Tindakan MPPP.

Lihat video ;

 

Klik sini jika video gagal loading.

1. Merujuk kepada pemilik nasi kandar Line Clear yang meluahkan ketidakpuasan ahtinya bilamana MPPP datang merampas barang-barang perniagaannya lebih kurang pada jam 3.30 pagi. Adakah kerana orang yang jaga kedai tak cukup ramai masa tue?

2. Katanya bersepah orang meniaga di sekitar kawasan tersebut kenapa MPPP hanya merampas barang perniagaan miliknya.

3. Adakah kerana dia bukan kroni maka MPPP bertindak merampas barang perniagaannya?

4. Pemilik kedai tidak akan berganjak dan akan tetap meniaga disitu sehingga mati.

Penjelasan dari sumber dalaman kerajaan negeri pula mengatakan ;

- Rampasan barang perniagaan yang dilakukan pada jam 3 pagi dan ke atas memang atas dasar kerana orang tiada. Iaitu merujuk kepada para pelanggan.

- Oleh kerana perniagaan restoran nasi kandar Line Clear beroperasi selama 24 jam, maka MPPP hanya bertindak melakukan operasi ketika pelanggan tiada atau paling kurang ketika perniagaan tersebut sedang beroperasi. Itu memang prosuder standard mereka. Jika dia meniaga 8 jam maka mereka akan datang pada time customer paling kurang.

- Kenapa dirampas? Tiada kaitan dengan kroni. Atau atas arahan DAP. Tetapi kerana kedai tersebut mempunyai perselisihan faham antara sesama ahli keluarga.

- Kedai tersebut menjadi pertikaian dan kesnya masih berjalan di mahkamah.

- MPPP bertindak atas nama undang2.

Tak perlu la politikkan isu neh dan membayangkan bahawa seolah2 MPPP berpihak dengan salah seorang ahli keluarganya yang berselisih dengannya dalam isu perebutan hak milik kedai.

Cakap tentang isu perebutan harta sesama adik beradik neh, bagi korang yang ada harta banyak atau ada mak bapak yang ada harta banyak, nasihatkan la mereka agar buat wasiat siap2. Bukan mendoakan atau kerana kita gilakan harta tapi percayalah, selalu sangat kes adik beradik berebut harta sesama mereka. Dalam keluarga aku pun ada kes macam tue. Dalam keluarga rakan2 aku pun ada kes macam tue. Tak kira bangsa dan agama dah. Harta keluarga sepatutnya dianggap seperti kenangan atau warisan peninggalan ibu bapa untuk kita tapi harta itu juga la yang meretakkan hubungan persaudaraan dan adik beradik. Susah woo..

Fikir2kanla ek.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »