Nurul Izzah & Raja Ahmad Shahrir Sah Bercerai Dengan Talak Satu.

Nurul Izzah Anwar Ahli parlimen Lembah Pantai pada hari ini sah diceraikan secara rasmi oleh bekas suaminya Raja Ahmad Shahrir dengan talak satu. Lafaz talak itu disebutkan oleh Raja Ahmad Shahrir di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ketika mahkamah mendengar berhubung hak penjagaan anak dua anak mereka.
Perbicaraan dalam kamar itu sepatutnya membincangkan tuntutan penjagaan mengenai dua anak mereka namun berakhir dengan lafaz talak satu oleh Raja Ahmad Shahrir kepada Nurul Izzah.
Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Nurul Izzah Anwar telah berkahwin pada tahun 2003. Perkahwinan mereka mula dilanda konflik pada pertengahan tahun 2014 dan kini telah sah terbubar dengan perceraian tersebut.
Nurul Izzah dan bekas suaminya memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan masing2 berusia 8 dan 5 tahun.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »