Penjelasan Saksi Kenapa Boy Band B1A4 Peluk Peminat Perempuan KPOP Di Atas Pentas.

Berbanding sumpah seranah, memaki atau menegur tindakan-tindakan wanita yang membiarkan diri mereka dipeluk oleh artis2 KPOP non muslim atas pentas, ada juga sesetengah netizens memilih untuk membidas dan mengutuk artis2 KPOP yang membawa masuk budaya songsang ke negara neh.

Ironi juga.

Peluk artis kpop = bawa bala musibah ke Malaysia.
Bakal bina kasino ke 2 = buat relax aje.

Ini boleh dibuktikan dengan respon oleh netizens berkenaan kedua2 isu di atas. Kedua2 isu di atas juga dilaporkan oleh media massa dan pemblog2 namun yang menangkap emosi netizens ialah aksi peluk. Aksi peluk itu lebih dahsyat dan teruk kesannya ke atas masyarakat berbanding pembinaan kasino ke dua.

Dan ini juga boleh membuktikan bagaimana muslim bersikap dikriminasi dan hanya mementingkan diri sendiri.

Pada mereka. Yang kena peluk tue melayu. Yang pakai tudung. Yang beragama Islam. Perlu kita tegur agar mereka tidak terikut-ikut dengan rentak yang tak sepatutnya.

Manakala. Yang bakal bina kasino neh non muslim. Yang bakal berjudi pun konon-kononnya non muslim. Yang bakal dikejar hutang judi, mati bunuh diri, keluarga hancur dan rosak, lari dari Ahlong sebab tak dapat bayar hutang dan gagal mengubati ketagihan berjudi pun konon-kononnya non muslim. So p mampos la dengan dorang.

Hehe.

Pelik tak pelik la juga. Yang fanatik tue peminat. Tapi yang kena balon artis yang memeluk. Kritikan yang salah sasaran tue.

Berikut ialah penjelasan saksi yang berada pada konsert berkenaan. Dia menceritakan serba sedikit apa yang berlaku pada malam konsert tersebut.

Baca ;


Sebenarnya. Kita tak entitle pun untuk percaya apa yang dilaporkan oleh Keezm. Tapi bagi yang selalu tengok cerita 'Entertaiment Weekly' sebuah program dari Korea Selatan tentang gosip2 dan update artis2 mereka, korang akan tahu apa yang Keezm laporkan adalah betul sebenarnya.

Sebab dalam program tue ada satu segmen yang artis korea akan dibawa ke satu2 lokasi bagi bertemu peminat. Dorang akan main game bahkan sesetengah game yang gila2 pun ada tak sesuai la dengan budaya di negara kita dan peminat yang menang berpeluang minta sesuatu. Tapi selalunya. Samada artis tersebut yang offer dia sanggup buat apa untuk peminatnya ataupun peminatnya yang tentukan apa yang dia nak artis tue buat. Selalunya juga. Artis2 akan offer untuk peluk peminat atau peminat2 mahu dipeluk artis. Kerana ini yang paling banyak peminat2 minta so artis turutkan keinginan peminat2 mereka. Tetapi. Artis2 wanita yang dah berkahwin biasanya takan peluk peminat2 lelaki mereka atas dasar menjaga sensitiviti. Dan tak nafikan juga sesetengah peminat bertindak di luar batasan apabila melakukan lebih dari had yang ditetapkan. So program tue akan tettttt... ini bukan apa yang mereka benarkan..

Konon2 nak buat macam tue di Malaysia. Aku tak nafikan penganjur tidak sensitif. Tapi tetap kesalahan utama ialah pada mereka yang beli tiket, jadi peminat istimewa, mahu dipeluk dan menjerit2 di atas pentas.

Artis2 KPOP tue hanya melakukan apa yang orang sebut 'menjalankan tugas'. So tugas dia dah selesai. Buat konsert, main game dengan peminat, layan peminat, balik dan tunggu duit masuk dalam account. This is a bussiness pada mereka. Yang maki artis kpop tue ada masalah memahami kronologi kejadian.

Yang peminat2 p jadi fanatik atas pentas sapa suruh. Dorang la yang salah sebenarnya. Kalau takde permintaan masakan ada penawaran. Kalau takde peminat masakan ada penganjur. Kau putar lagu Korea kat radio dan tv, kau buat carta yang memuatkan lagu-lagu Korea siap ada majalah tentang artis Korea di Malaysia neh then kau expect takan wujud peminat ke atas aliran muzik yang kau biarkan berkembang dalam negara. Something is wrong la with you people.

Apa-apa aliran muzik pun. Bila dah terbuka kepada pendengaran awam tak mustahil ia akan mendatangkan pelbagai respon. Ada yang minat dan mungkin ada yang benci. Bila ada yang minat tak mustahil mereka akan mendekati kepada aliran muzik tersebut. Maka tercetuslah idea seperti penganjuran konsert la, majalah la, carta muzik la apa la.

Yang nak salahkan peminat semata2 pun salah juga kalau ko tak tengok konsep kat negara neh macam mana.

Jangan double standard boleh tak. 

Dan satu lagi. Fikirla. Ada orang macam Keezm p tengok konsert. Dia okay dan dia tak fanatik. Ada yang p konsert. Dia tak okay dan dia fanatik. Kenapa bukan kepada kefanatikan yang dipersalahkan tapi artis pula yang sesetengah dari korang sumpah seranahkah. Jangan2 sebab bengang perempuan2 tue tak peluk lelaki2 melayu kot. Lelaki2 melayu sekarang dah tak laku dah kat negara neh.

Perempuan melayu lari ikut Indonesia pun ada.
Kahwin dengan bangla, nepalis, myammar dan negro pun ada.
Kini dengan lelaki kpop masuk carta persaingan. Tak aneh juga kenapa lelaki2 melayu semakin sentap. Semakin tak laku diri mereka di kaca mata wanita2 melayu kat Malaysia neh. Sadis kot.

HAHAHAHAHAHAHA.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »