Saya Boleh Ikut Gaya Orang Muda, Kecuali Pakai Stoking Merah Jambu - Najib Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggamatkan Perhimpunan Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) yang ke-63 apabila menyatakan beliau boleh ikut gaya orang muda kecuali memakai stoking merah jambu (pink).

Ramai yang mengetahui kesukaan Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar memakai pakaian yang luar dari kebiasaan dan menjadi popular dengan usikan stoking pink apabila beliau memuatnaik di laman sosial.


Bagaimanapun dalam ucapan yang lebih serius, Perdana menteri menggariskan pendekatan ‘6E’ kerajaan untuk memperkasa golongan belia di negara ini.

Najib berkata 6E itu merujuk kepada penglibatan, pengupayaan, pendidikan, keusahawanan, pengusaha sosial dan pengalaman.

Beliau berkata, dengan memperluaskan lagi platform untuk belia menyuarakan pendapat, maklum balas yang diterima juga akan bersifat lebih komprehensif.

“Sebab itu kita buat Parlimen Belia sebagai tambahan kepada platform MBM dan Majlis Perundingan Belia Negara. Mungkin (pada) masa depan boleh fikirkan platform lain.

“Tidak kurang pentingnya media sosial yang secara tidak langsung membentuk satu wahana besar. Ini kita rangkumkan dengan hasrat supaya kita lebihkan lagi penglibatan sebab orang muda hari ini berbeza dengan orang muda terdahulu,” katanya.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee. -ST-

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »