Sidang Media Khas #MH370 Dibatalkan Saat Akhir - Kenapa, Soal Pengguna Media Sosial.

Pada hari ini dijadualkan satu sidang media khas mengenai perkembangan terkini tentang misi pencarian #MH370. Sidang media tersebut dijadualkan akan berlangsung pada jam 3.30 petang oleh agensi Jabatan Penerbangan Awam di Putrajaya.

Akan tetapi, sidang media khas tersebut telah dibatalkan pada saat akhir dan ini menimbulkan spekulasi dan syak di kalangan masyarakat khususnya bagi pengguna media sosial yang mempersoalkan kenapa DCA membatalkan sidang media tersebut.

Sidang media khas mengenai perkembangan terkini MH370 sepatutnya dijadualkan akan diadakan pada hari Khamis (hari ini) dan jumaat (esok). 

Lihat apa yang dilaporkan oleh Awani ;


Cuba baca tajuk artikel berkenaan. Perasan tak sesuatu?

1. Seolah-olah membayangkan bahawa waris keluarga dah tahu bahawa DCA akan umumkan apa mengenai insiden MH370.

2. Sebab itu la mereka keluarkan kenyataan bahawa waris keluarga bagi mangsa MH370 enggan menerima apa-apa tanpa bukti sahih.

3. Menerusi laporan Awani sebentar tadi, isteri kepada Patrick Francis Gomes, penyelia penerbangan MH370 yang turut hilang dalam nahas berkenaan, memaklumkan bahawa dia mahu kerajaan agar berterus terang tentang apa yang berlaku dan jangan menyorok disebalik semak (menyembunyikan fakta kes) kepada waris keluarga mangsa.

4. Anak lelaki Patrick, Muhammad mahukan bapanya pulang (jasad) dan tuntutan insurans adalah perkara terakhir yang akan difikirkan oleh waris keluarga mangsa kerana pada ketika ini kesemua waris keluarga mangsa hanya mahukan kesemua mangsa insiden MH370 pulang (jasad dan dikebumikan).

5. Kalau digabungkan dari berita di atas dengan berita terkini yang aku tonton menerusi Awani tadi, maka kita faham la yang waris keluarga mangsa sebenarnya telah tahu dan beri petunjuk bahawa kerajaan sebenarnya nak declare penerbangan MH370 telah hilang (buat selamanya) dan akan dianggap terhempas dan pesawat tersebut tidak dapat dikesan bagi memudahkan proses selanjutnya. Seperti tuntutan insurans, misi pencarian dan sebagainya termasuk proses post mortem dan mendedahkan hasil siasatan menyeluruh tentang kejadian.

6. Namun nampak gayanya kerajaan berhadapan pula dengan konflik apabila waris keluarga mangsa enggan menerima keputusan yang bakal dibuat itu melainkan kerajaan ada bukti sokongan yang membenarkan kesimpulan tersebut.

7. Sebab itu juga agaknya kenapa sidang media khas ini dibatalkan last minit. Tapi belum tentu kerana esok juga dijadualkan akan diadakan sidang media yang sama. Cuma pada esok sepatutnya menjawab hal-hal berkaitan teknikal. Tak sure sidang media pada esoknya batal atau tidak.

8. Dan yang terkini, Malaysiakini memaklumkan bahawa sidang media khas tentang MH370 dibatalkan atas alasan 'keadaan luar jangka'.

Keadaan luar jangka apa pula neh?

Lue fikirlah sendiri.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »