Gambar2 Demo Sokong UKE - Perbodohkan Diri Buat Apa?

Mintak simpang seumur hidup aku nak pergi demo untuk sokong UKE bagi mempertahankan kenyataan racistnya terhadap bangsa lain melalui satu klip ceramah yang berdurasi 2 minit lebih tue.

Aku setuju kenyataan UKE dalam video itu dah lepas. Dah 5 tahun dah. Tak perlu nak memperbesar2kan atau memanjangkan jalan cerita dengan buat laporan polis bagai. Semak. Bukan akan ada apa-apa yang berlaku ke atas UKE pun. Bukan pula PDRM akan menyiasat aduan kau pun. Bukan juga kau boleh selesaikan isu dengan membuat laporan polis. Silap2 cina yang kena balik sebab buat laporan polis lagi ada. 

Bagi aku. Cukup itu kita jadikan hujah dan bukti bagi membenarkan persepsi kita tentang UKE. Ya. Dia racist dan dia takde point dalam mengutuk bangsa lain. Dan dia juga dilabel sebagai orang2 alim bagi penyokong taksubnya meskipun sikap dia tak selari dengan Islam walaupun itulah isi ceramahnya. 

Tapi aku pelik juga dengan UKE neh sebenarnya. Bila pembangkang buat demo laju2 kena kritik. Tapi seru orang berhimpun dan mempertahankan diri sendiri secara individu boleh pula meskipun terbukti kenyataan dia bersifat racist. Aku tak faham dengan pemikiran dia. Susah sangat ke ataupun memang salah ke untuk diri kita mengakui kesilapan dan memperbaiki keadaan? Perlu ke sebagai manusia kita 'menunjukkan diri kita seolah2 kita maksum dan bebas dari dosa' hanya semata-mata kita ialah individu yang sering menyampaikan kata2 nasihat dan dakwah kepada orang lain meskipun kadangkala diselitkan dengan kata2 nasihat berunsur lucah dan seks tak tentu pasal di dada akhbar?

Aku nampak ramai orang ada sikap ini. Sikap tak mengaku salah dan enggan tunduk pada kelemahan meskipun terbukti. Sikap begini kalau ada pada rakyat biasa macam aku dan ko ia mungkin tak effect pada sesiapa sebaliknya hanya merosakkan diri kita sendiri. Namun jika sikap sebegini ada pada pemimpin negara dan tokoh2 yang ada pengikut tertentu ia sebenarnya tak elok kerana ia memberikan gambaran bahawa mereka tidak boleh ditegur dan adalah mustahil untuk mereka terlibat dalam sebarang kesalahan seolah2 mereka itu Nabi SAW. Nabi SAW pun boleh ditegur dan dikritik dan berlapang dada. Tapi mereka.. hanya Allah yang lebih tahu. Lue fikirlah sendiri.

Gambar2 demo yang memperbodohkan diri sendiri.. sayang.. kalau orang2 ini boleh gunakan kesempatan yang ada, masa yang ada, berkumpul dan bersatu melawan penindasan dan riba, kezaliman dan GST.. protes tentang harga rumah yang mahal.. mempersoalkan ketidakcekapan kerajaan dalam mentadbir negara adalah lebih baik sebenarnya dari berdemo mempertahankan kenyataan seorang ustaz yang terbukti salah. Ia terbukti. Kita semua ada akal untuk menilai. Samada kita mahu tunduk kepada kebenaran atau berpegang kepada ego dan emosi bagi menafikan hakikat.

Lue fikirlah sendiri.






Baca ;

Ramai orang hadir ke perhimpunan menyatakan sokongan kepada pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias yang didakwa membuat kenyataan perkauman dalam ceramahnya, di Ipoh semalam.

Ia berdasar gambar dimuat naik ke Facebook beliau semalam.

Sebahagian besar penyokong Kazim pada himpunan itu terdiri daripada wanita separuh usia yang hadir dengan berjubah hitam.

Sebahagiannya kelihatan memegang kad manila dengan tulisan jawi "Allah selamatkan guru kami Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias".

Mereka memegang beberapa kad manila lain dan duduk di bawah khemah, berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman itu.

Himpunan itu dibuat susulan pengumuman pengendali laman Facebook Kazim tentangnya, pada sebelah pagi hari sama.

"Pastikan kehadiran kita di perhimpunan aman menyokong Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dalam menghadapi isu kiasu cauvanis petang ini, Rabu 4 Februari 2015, jam 4.00 petang di Dataran Pusat Pendidikan Al-Barakah.

"Tunjukkan kesepakatan dan kesatuan hati kita," pengumuman itu dipetik.

Malaysiakini turut cuba menghubungi Kazim melalui nombor telefon beliau.

Namun, selepas wartawan Malaysiakini memperkenalkan diri, pemilik nombor telefon itu sebaliknya mengaku sebagai "supir" Kazim bernama "Abdul Asas Abdul Rahman".

Serentak dengan itu, kedengaran hilai tawa yang kuat dari beberapa suara lain berhampiran individu tersebut.

'Saya bukan rasis'

Sementara itu, Kazim dalam tulisan di Facebook sama mempertahankan video ceramah kontroversinya sebelum ini.

"Saya yakin sangat-sangat Allah bantu. Saya bukan rasis tapi saya tak berkenan dengan yang melampau mempertikaikan apa yang telah termaktub," menurut status di laman sosial itu.

Namun, sehari sebelum itu, Kazim turut memuat naik menunjukkan kemesraannya dengan masyarakat pelbagai kaum.

Beliau antaranya memuat naik gambarnya bersama beberapa orang Tionghua yang hadir pada satu jamuan meraikan penganugerahan darjah kebesaran datuk kebesarannya.

Sehari sebelum itu pada 2 Februari pula, Kazim memuat naik gambarnya menerima "penghargaan" daripada guru bahasa Mandarin di sekolah yang diasaskannya, Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Laman Facebook sama turut memuat naik gambar Kazim bersama Jackie Chan yang menerima pingat Datuk di Istana Negara.

"Tumpang glamour jadilah. Tak boleh jadi filem star duduk sebelah dia pun jadilah,” guraunya.

Laporan berita Utusan Malaysia hari ini memetik Kazim berkata isu rakaman video ceramahnya timbul kerana beliau dikenali ramai.

Dalam laporan itu, Kazim berkata video rakaman ceramahnya hanya menjawab persoalan mengenai isu yang hangat dibicarakan ketika itu iaitu hak keistimewaan orang Melayu, ketuanan Melayu, raja dan anggota keselamatan. -Mkini-

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »