Jangan Kaitkan Kematian TG Nik Aziz Dengan Insiden Banjir - PAS Pusat.


Ketaksuban melampau orang ramai terutama penyokong PAS keatas Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, ekoran itu Laman Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat melahirkan kekesalan.

Menurut laman Facebook itu, ketaksuban melampau itu yang menjadi kebimbangan Mursyidul  Am PAS tersebut semasa hayatnya.

“Pernah Tok Guru (Nik Aziz) mengangkat tongkatnya untuk memukul mereka yang mengerumuni beliau semasa turun dari masjid dan mahu menampar orang yang mahu mengucupnya.

“Tok Guru berbuat demikian kerana beliau tidak benarkan orang fanatik dan taksub dengannya. Tok Guru sangat mementingkan soal akidah,” jelas laman Facebook itu hari ini.

Laman Facebook PAS itu turut menyelar pihak yang mengaitkan banjir besar di Kelantan baru-baru ini sebagai menyucikan tanah untuk menerima jasad Nik Abdul Aziz.

Selain itu ia juga mempersoalkan sikap segelintir orang Melayu yang masih mengimpikan keramat dan sering mengaitkan seseorang seperti Nik Abdul Aziz dengan alam.

“Begitu kolot sekali pemikiran ini. Tidak mustahil nanti akan terwujudnya kisah-kisah ajaib atau karamah yang akan direka oleh sesetengah orang tidak bertanggunjawab. Berhati-hatilah.

“Tidak ada kena mengena kematian Tok Guru dengan banjir. Rasullulah S.A.W pernah menyatakan tidak ada kena mengena gerhana matahari dengan kematian Ibrahim. Perkukuhkan Tauhid,” tegas laman Facebook berkenaan. -SK-

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »