Kadar Insurans Naik Lagi - Bermula Feb 2015.

Dalam pada menteri kita meroyan tentang peniaga berskala kecil yang harus turunkan harga seiringan dengan penurunan harga minyak global, nampak gayanya menteri-menteri kita terlupa bahawa antara musuh rakyat yang utama adalah kapitalis-kapitalis gergasi seperti syarikat insurans neh hah.

Menurut satu laporan dari Paultan, kadar premium baru bagi kenderaan bermotor akan mula dinaikkan pada 26 feb 2015. 

Kadar lama.

Kadar baru. 



Kadar baru ini akan berkuatkuasa sehinggala satu plan insurans yang diperbaharui bakal mengambil tempat pada 2016 jika ianya diluluskan untuk pelaksanaannya kelak lapor Paultan.

Pelan insurans baru ini bermaksud setiap pemilik insurans (khusus kepada pemilik kenderaan) akan dikenakan kadar premium yang berbeza-beza bergantung kepada risiko yang dihadapi. Menurut pemahaman aku, antara faktor-faktor yang akan dijadikan kayu pengukur bagi menggariskan premium insurans yang bersesuaian dengan pemilik berdasarkan kaedah 'rancangan insurans diperbaharui' ialah ;

- Jenis kenderaan
- Nilai kenderaan
- Usia kenderaan
- Jenis risiko atau beban yang mungkin dihadapi oleh si pemilik

Pelan insurans yang diperbaharui ini juga mungkin akan menyebabkan sesetengah pihak perlu membayar lebih dengan menyaksikan syarikat insurans pula perlu menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dari keadaan semasa seperti perkhidmatan trak tunda yang percuma.

Contohnya begini. 

A dan B membeli satu kenderaan yang sama dari syarikat yang sama pada masa yang sama dengan usia kenderaan yang sama dan menggunakan jenis syarikat insurans yang sama tetapi belum tentu insurans yang perlu ditanggung A dan B adalah sama meskipun bayaran ansurans bulanan bagi kenderaan mereka adalah sama dan pinjam loan dari bank yang sama dengan tempoh bayaran dan bunga yang sama kerana dibezakan menerusi risiko yang perlu setiap pemilik kenderaan hadapi.

Bagaimanapun, ia hanyalah peringkat cadangan yang masih lagi dalam proses kajian dan pelaksanaan. Ia mungkin baik, ia mungkin buruk. Kita perlu pembacaan penuh tentang cadangan kajian pelan insurans yang dipertingkatkan itu terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang kritikan. Apa pun, untuk kenaikan insurans yang ini pula, rakyat Malaysia tak perlu tunggu lama untuk maki kerajaan.

Haha.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »