KRU Nafi Lagu 'Sandiwara' Ditujukan Kepada TGNA.

KENYATAAN RASMI TENTANG LAGU "SANDIWARA"

1. Lagu “Sandiwara” nyanyian Tyco (artis alam maya ciptaan KRU) telah dikeluarkan pada penghujung tahun 2000 iaitu 15 tahun lalu

2. Lagu ini diinspirasikan dan berdasarkan isu yang hangat diperkatakan ketika itu iaitu insiden Al Maunah sehingga menjejaskan keamanan negara

3. Liriknya ditulis menceritakan seorang individu yang terkeliru dengan fahaman sesat sehingga terjebak didalam kegiatan ekstrimisme sekaligus memudaratkan diri, keluarga, masyarakat dan negara

4. Pihak KRU Music selaku pemilik hakcipta lagu ini dan mewakili artis kami menafikan sekeras-kerasnya lagu ini ditujukan kepada mana-mana tokoh atau parti politik

5. Tindakan individu yang membuat interpretasinya sendiri dari lirik lagu ini (setelah 15 tahun lagu ini dikeluarkan) adalah jauh tersasar dan diluar konteks. Dengan mengaitkan lagu ini dengan imej-imej provokatif (melalui video yang dimuat-naik 1-2 hari yang lalu) bukan saja melanggar hakcipta milik kami tetapi yang lebih dikesali mengganggu ketenteraman awam dan menjejas nama baik semua pihak termasuk tokoh yang amat kami hormati yang dipaparkan didalam klip video tersebut

6. Pihak kami sedang mengumpul bukti dan akan membuat laporan polis terhadap individu yang tidak bertanggung-jawab yang menghasilkan video tersebut


7. Dengan ini, pihak kami juga ingin memberi peringatan dan amaran kepada pihak yang tidak bertanggung-jawab untuk tidak membuat interpretasi sendiri menggunakan mana-mana lagu kami dan mengaitkannya dengan visual yang menghina mana-mana individu atau organisasi yang boleh mencetus kemarahan mana-mana pihak dan melanggar hakcipta kami

-------------

Berikut di atas ialah respon dari KRU Studios.

Bukan aku taknak percaya tapi bila aku perhatikan lirik-lirik dia memang nampak macam ditujukan kepada PAS berbanding Al-Maunah. 

Cuba perhatikan betul2 ;




Apa maksud putih di lautan hijau? Bukan kah bendera PAS, putih di tengah2 hijau? Ke bendera Al-Maunah macam tue juga? Sama sebijik macam PAS? Hmmm.. pada aku. Kalau betul itu kisah lampau, takpe la. Mengaku lebih baik. Cuma lagu tue dikaitkan dengan visual yang tersebar sekarang neh memang membuatkan orang rasa meluat. Aku harap KRU boleh siasat siapa yang memandai2 tokok visual tersebut ke dalam lagu ciptaan korang. 

Kbai.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »