Ritual Bomoh 1 Malaysia Halau 4 Hantu Raya YG Dihantar Untuk Bunuh Anwar Ibrahim. (Video Inside)


Halau hantu raya guna kayu golf pun boleh?

MUAHAHAHA..

Lawak gile. Sebelum menghalau, cuba buktikan dulu entiti tersebut wujud. Ramai juga yang selalu pongpangpongpang kewujudan hantu raya la, toyol la, polong la apa la tapi benda tue tak pula mereka dapat tunjukkan melalui bukti2 yang sahih dan konkrit.

Zaman makin canggih. CCTV ada, video pun ada. Rakam la kalau betul sekalipun spesis hantu tu semua wujud.

Pada aku, ye aku percaya syaitan wujud. Tapi aku tak percaya hantu wujud. Kerana benda tue sebenarnya contradiks dengan kepercayaan aku. Jika aku percaya Allah SWT tidak mewujudkan hantu, maka kenapa aku nak percaya hantu tue wujud. Ganguan syaitan aku percaya. Ganguan hantu, maaf cakap, aku memang tak percaya langsung.

Pada semalam ketika kita semua sedang sibuk-sibuk bersedih dan peduli tentang kematian tuan guru Nik Aziz Nik Mat, bomoh 1 Malaysia, mahaguru Mat Zin lain pula ceritanya.


Raja Bomoh Malaysia mendakwa ada pihak-pihak tertentu cuba mengunakan ilmu hitam untuk membunuh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin ketika ditemui SuaraTV pada semalam, dia mendapat alamat aka petanda menerusi mimpi bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menghantar hantu raya bagi mengancam keselamatan Anwar. Bukan satu je pihak tue hantar. Tapi 4 sekaligus. Siap tunjukkan tempat lagi. Korang tengok sendiri rakaman video nanti.

Disebabkan mendapat petanda tersebut maka dia bersegera ke Sungai Buloh dan lakukan ritual untuk menghalau hantu-hantu raya tersebut bagi melindungi dan memastikan keselamatan Anwar Ibrahim sepanjang masa berada di dalam penjara sehinggala selamat menjalani hukuman penjara tersebut.

Di dalam upacara menghalau ‘hantu raya’ tersebut, Bomoh 1 Malaysia telah mengunakan kayu golf dan empat biji buah limau sebagai simbolik menghalau hantu raya selain teropong buluh dan dua biji buah kelapa.

Tindakan bomoh itu turut mengundang perhatian orang ramai yang secara kebetulan berada di kawasan sekitar lapor SuaraTV lagi.

Klik sini jika video gagal load.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »