Sekolah Indonesia Kini Di Sarawak - Selepas 50 Buah Ditubuhkan Di Sabah.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan negeri sarawak bersetuju untuk mewujudkan sekolah indonesia bagi memberi pendidikan kepada anak-anak pekerja Indonesia di negeri itu. Jelasnya, inisiatif yang sama sudah diwujudkan di Sabah dan kini terdapat 50 sekolah Indonesia di negeri itu.

Lihat video ;

 

Klik sini jika video gagal loading.

 Point penting.

1. Sudah ada 50 buah sekolah Indonesia di Sabah. 
2. Kali ini kerajaan bercadang meluaskan penubuhan sekolah Indonesia di Sarawak pula.
3. Alasan Najib ialah hak untuk mendapatkan pendidikan ialah hak semua pihak.
4. Maka sebab itulah sekolah Indonesia ditubuhkan di Malaysia.

Point aku.

- Aku melihat berita tersebut dan aku dapati sekolah Indonesia sangat cantik.

- Ko tengokla reka bentuk bangunan mereka.

- Sekolah2 kat Malaysia yang untuk WARGA NEGARA MALAYSIA pun kalah dari segi design.

- Bahkan ada sekolah2 pendalaman yang uzur lagi daif dengan meja kopak segala, bumbung bocor pun ada. Toksah cakap la bab tingkap pecah, pintu kopak dengan keadaan kelas yang buruk serta kantin yang macam hapa.

- Tapi cantik betul sekolah Indonesia di Malaysia kan. Sekolah Malaysia pun kalah kau.

- Dan aku tak tau dibina menggunakan duit siapa. Tapi bila aku dengar berita katanya kerajaan bersetuju mewujudkan sekolah Indonesia maka aku rasa sudah tentula kerajaan yang tanggung kosnya. Kalau aku tak silap faham la. Sebab katanya 'kerajaan bersetuju mewujudkan' maksudnya membinanya la kan?

- Yang aku pelik, kenapa pula kerajaan tak bina satu jenis sekolah untuk semua samada warga asing ke bukan warga asing ke ataupun kenapa perlu ada sekolah khas untuk warga Indonesia semata2?

- Bagaimana pula nanti jika warga Bangladesh, Myammar, Pakistan, india dan cina yang dari India dan China, Thailand, Pilipin, Nigeria apa semua pun mahu menuntut hak yang sama atas alasan mereka juga berhak mendapatkan pendidikan seperti mana anak2 Indonesia yang lain?

- Jadi kita akan bina sekolah Bangladesh, sekolah Nepal, sekolah Pakistan, sekolah Pilipin, sekolah Thailand, sekolah Nigeria juga?

- Padan la kat Sabah, warga asing bersenang lenang.

- Nak IC ko dapat IC.

- Anak2 ko siap ada sekolah khas, sekolah Indonesia lagi.

- Nak kerja pun boleh.

- Pendek kata walaupun ko warga asing tapi segala kemudahan dan kelebihan yang warga Indonesia dapat sama seperti berada di negara sendiri. Adakah kami warga Malaysia mendapatkan layanan yang sama dari rakan2 kita di Indonesia agaknya? Adakah kami juga disayangi sepertimana kami menyayangi rakyat Indonesia agaknya?

- Jujur cakap. Aku tak berkenan dengan penubuhan sekolah tersebut. Mungkin sebab aku nak hapuskan sekolah jenis kebangsaan cina, sekolah jenis kebangsaan tamil dan mewujudkan hanya 1 sekolah untuk semua anak bangsa Malaysia.

- Mungkin juga kerana aku taknak sekolah berpuak2 berdasarkan sentimen negeri, negara, ke-bangsa-an atau apa.

- Aku setuju semua manusia perlu diraikan hak mereka untuk mendapatkan pendidikan. Takmo diskriminasi, takmo racist atau apa. Indonesian sekalipun, ada di kalangan mereka yang baik2, bagus2, elok2 je perangai tak kacau orang.

- Alangkah bagusnya jika kerajaan hanya wujudkan beberapa buah sekolah untuk anak2 Indonesia dan semua jenis warga asing bersekolah di bawah satu bumbung. Tak perlu buat pengasingan ikut negara. Kalau ikut aku, aku satukan aje duduk dalam satu sekolah tempat anak2 Malaysia bersekolah, dengan caj yang berlainan kepada anak2 warga asing. Bila mereka bergaul mereka saling kenal mengenal. 

- Dan 50 buah sekolah Indonesia di Sabah jelas membuktikan kebanjiran warga asing di Sabah sehingga menyusahkan dan menyakiti ahti rakyat Sabah. Jadi aku tak aneh jika orang2 Sabah dan Sarawak bersatu mahu keluar dari Malaysia. Kalau aku di tempat mereka pun aku akan lakukan perkara yang sama. Masalah PATI terlalu seriyus dan kini mereka ada sekolah sendiri. 50 buah tue. Dah cukup membuktikan bilangan mereka yang ramai dan sesak sehingga menakutkan warga tempatan.

- Aku harap la. Kalau orang2 Sarawak boleh lawan keputusan kerajaan negeri, maka lawan la.

- Satu sekolah akan jadi dua sekolah. 2 sekolah akan jadi 3 sekolah dan seterusnya. Macam di Sabah. Ada 50 buah sekolah plak tue.

- Jangan ingat bila kita lawan kita neh negatif sangat, jahat sangat, kejam sangat, teruk sangat.

- Kita cuba nak pertahankan hak kita sebagai warganegara dan sebaliknya kita ada alternatif lain bagi membolehkan anak2 ini mendapat pendidikan.

- Kita taknak juga timbul side effect akibat dari tindakan kita.

- Silap2 kalau perang nanti kita dah kalah laju2 sebab mereka ada segala2nya disini. Ada sekolah, rumah, perniagaan, kedai dan segala2nya.

- Tinggal lagi angkut senjata dari luar dan serang kita semua.

- Kita ada apa? Nak lari ke mana? Lari p Indonesia tak mungkin. Lari p China lagi la tak boleh. Nak lari p India pun tak kena. So mana kita nak merempat kelak?

- Tolong la ber-ahti2 dalam meluluskan dan membuat apa2 keputusan sekalipun.

- Jangan sampai setiap keputusan2 kita menimbulkan kesusahan pada kita di kemudian hari.

Fikir2kan la.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »