Selepas Anwar Dipenjarakan, Saiful Kata Dakwaan Liwat Itu Benar - Kehidupan Saiful Musnah Kata Shafee.

 
Musnah apa kemender. Pointer cikai pun dapat jumpa Najib minta biasiswa. Itu ko kata musnah? Bangang sangat. Dia dah kahwin, ada anak, hidup senang, tak merempat. Cuba cakap, kat mana kehidupan Saiful menderita dan musnah selepas pengadu buat laporan polis?
 
Yang aku nampak menderita Anwar lagi la ada. Tak habis-habis kena tuduh gay. Tangkap gambar dengan lelaki pun kena tuduh-tuduh. Sekarang kena 5 tahun penjara. Siapa sebenarnya yang menderita sekarang neh? Tambahan pula Anwar dijatuhkan hukuman dibawah pertuduhan seksyen s377B sedangkan s377C baru la liwat tanpa rela. Kalau ikut s377B itu liwat sukarela macam pertuduhan zina ko tahu. Dalam kes zina, dua-dua atau lebih pasangan yang terlibat akan didakwa bersama, apa kejadahnya Anwar kena dakwa dan hukum sorang2? Saiful pula? Kalau ikut seksyen s377C maka kantoi la Saiful sebab jalan cerita tak nampak macam paksa lebih kepada rela.
 
Nampak?
 
Nampakk?
 
Ini pula respon Saiful susulan Anwar dijatuhkan hukuman bersalah dan penjara 5 tahun.
 
Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 7 tahun, pada hari ini ,Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang "credible".

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Seawal 7 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya keatas perlakuan Anwar Ibrahim keatas saya disiasat dan diadili, tidak lebih dari itu.

Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal diakhirat nanti.

Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya. 

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN
 
----------------------
 
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau tidak berasa “puas hati” walau keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Katanya, beliau melihat bahawa pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan kini menderita kerana “kehidupannya hancur musnah”.

"Saya tahu bahawa keadilan sudahpun ditunaikan, maka secara profesional, saya puas hati dengan keputusan hari ini.

"Namun ia tidak memuaskan hati saya – kehidupan seorang anak muda kini hancur...,” katanya.

Saiful mengadu diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 2008.

Shafee juga menuduh bahawa tindak tanduk Anwar menjejaskan reputasi negara ketika kes tersebut berlangsung sepanjang tujuh tahun lalu. -Mkini.
 

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »