TEGURAN BUAT TV3 - HORMATILAH PERASAAN SEDIH RAKYAT MALAYSIA.

TEGURAN BUAT TV3 - HORMATILAH PERASAAN SEDIH RAKYAT MALAYSIA
Hari ini hari jumaat. Ketika ini puluhan, mungkin ratusan ribu rakyat Malaysia sedang berada di Pulau Melaka, Kelantan untuk menghadiri upacara pengkebumian ALLAHYARHAM TGNA. Suasana amat sebak dan pilu sekali.
Jutaan lagi Rakyat Malaysia sedang khusyuk mengikuti upacara ini sebagai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham TGNA. Admin diminta untuk merakam siaran langsung upacara itu bagi memberi peluang mereka yang tidak berkesempatan untuk mengikutinya melalui rakaman.
Entah kenapa hati begitu kecewa dan kesal apabila TV3 yang biasanya sibuk membuat liputan berita utama sebegini tidak ghairah langsung untuk berkongsi berita melalui siaran langsung untuk upacara ini.
Yang lebih mengecewakan ialah saat ini, ketika jenazah diusung ke pusara, TV3 tanpa segan silu menyiarkan program hiburan yang bagi kami sangat menjolok mata. Ia amat mengganggu suasana berkabung yang sedang melanda jiwa kita saat ini.
Sesiapa yang ada 'kuasa' silalah nasihatkan TV3 sekarang juga. Sekalipun 'tiada bajet' untuk membuat liputan langsung, mungkin tiada sponsor, tetapi janganlah siarkan program hiburan yang riuh rendah dan menjolok mata itu. Hentikanlah sekarang juga...
YA... HENTIKANLAH SERTA MERTA.. KAMI POHON.. KAMI RAYU SANGAT-SANGAT. Kenanglah jasa TGNA. Jika tidak mahu mengenang pun, hormatilah perasaan orang lain. Inilah kali terakhir kesempatan yang ada untuk menzahirkan penghormatan itu.
TAHNIAH TV1 & KELANTAN TV
Kami khusyuk memikirkan, terasa sebak juga di hati kerana gembira melihat kerjasama antara TV1 dan Kelantan TV sewaktu mengikuti siaran langsung ini sekarang.
Mungkinkah ini pertanda baik untuk penyatuan Umat Islam selepas ini? Jika benar, kami adalah antara segolongan marhaen yang akan merasa AMAT BERSYUKUR SEKALI. Sama-samalah kita berdoa.
INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROOJIUN
Ikhlas dari
WARGA PRIHATIN.
Perkara di atas dicoretkan oleh warga prihatin.
Sumber  : https://www.facebook.com/wargaprihatin
Dan perkara yang sama turut dikongsikan oleh Zaharin. Ahli UMNO Bandar Tun Razak.
Dan pada semalam, sedang Najib sibuk berucap atas pentas dalam satu forum, dia boleh berhenti dan mengumumkan kematian tuan guru Nik Aziz Nik Mat selepas dimaklumkan oleh Tengku Adnan yang juga menteri wilayah. Tengku Adnan naik ke atas pentas untuk memaklumkan berita berkenaan melalui bisikan ke telinga Najib dan Najib mengambil masa sejenak untuk bacakan Alfatihah buat arwah murabi kita. Ketika menyampaikan perkara tersebut, wajah Najib memaparkan riak terkejut dan seperti sebak. 
Dan aku percaya, TV3 sepatutnya ambil iktibar atas teguran yang dilemparkan kepada mereka.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »