TMJ Akhirnya Lepaskan Jawatan Dalam FAM - Secara Halus Sindir FAM Sebagai Organisasi YG Tidak Bersih & Pentingkan Politik.


Bab TMJ lawan FAM aku memang respect dari dulu lagi. Salah satu sikap dia yang aku puji. Satu lagi sikap dia yang aku suka ialah dia cuba nak buat pembaharuan dalam industri bola sepak dengan menaikkan taraf pemain2 bola sepak di negara agar dilayan sewajarnya dari segi bayaran gaji dan benefits. Yang neh pun bagus juga. Cuma itula. Sikap sombong dia buat aku meluat. Kalau dia tak sombong, insya-Allah dah power dah untuk orang follow. 

Tapi, insya-Allah, semua perlawanan2 TMJ kepada FAM, aku akan sokong. Bab sombong menyombong tue aku tolak tepi. Bab lawan FAM, aku akan sokong TMJ sepenuhnya.

Baca ;

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan sebagai penasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil.

"Saya ingin bekerjasama dengan sebuah organisasi yang telus, bersih, jujur dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

"Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tidak adil. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan saya sebagai penasihat FAM," katanya seperti dipetik dalam JOHOR Southern Tigers di sini hari ini.

 
Tunku Ismail berkata, beliau mengimpikan negara mempunyai badan pentadbir bola sepak yang dikendalikan oleh golongan berdedikasi, profesional dan berpengetahuan tentang bola sepak sekali gus bukannya ditadbir oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi serta mengejar modal politik satu masa nanti.

"Saya mempunyai satu impian. Satu impian dan idea yang menjadi pegangan saya, dan ianya satu impian dan idea yang saya sanggup berkorban untuk mencapainya.

"Saya impikan bahawa suatu hari nanti, persatuan-persatuan bola sepak diuruskan oleh mereka yang profesional. Saya impikan suatu hari nanti, para penyokong bola sepak tempatan lebih bertamadun dalam menyokong pasukan masing-masing dan tidak berbalah sesama sendiri.

"Saya mengimpikan setiap pasukan dilayan secara adil. Hanyalah bola sepak, permainan yang indah, tiada politik," katanya. -SH

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »