Video KRU Buat Lagu Kutuk TGNA Viral Di Laman Sosial.


Media sosial seperti facebook dan wassap kini mula viral dengan satu video klip politik yang agak kontroversi. Aku tak pasti tentang video klip tersebut. Tapi bait-bait lirik memang jelas menggambarkan PAS jika korang perhatikan satu persatu lirik yang disebutkan oleh penyanyi berkenaan. Dan, melalui suara, ia jelas pada telinga kita semua, dinyanyikan oleh KRU. Dan, paling banyak ia dinyanyikan oleh Yusri KRU.

Siyes. Aku tak harap ia suara Yusri. Kalau Norman KRU atau Edry KRU, aku boleh faham.

Tapi Yusri KRU? Aku rasa dalam KRU, Yusri la paling banyak peminat sebab pendiam. Tapi diam-diam dia rupanya.. hmmm..

Korang tengok sendiri video berkenaan kat bawah neh ;


Rujuk sini jika video gagal load.

Nampak?

Aku tak pasti bila KRU buat lagu tersebut. Cuma yang aku tahu sebelum kematian tuan guru. Aku sendiri pun tak sedar ada lagu macam neh ditujukan kepada PAS ataupun TGNA secara spesifik.

Cuma aku harap KRU boleh belajar cermin kesalahan diri sendiri sebelum kita sembang kencang kutuk orang terutamanya yang memang terbukti alim, zuhud dan baik sepanjang hayatnya. Aku rasa tuan guru takde bini yang membiarkan isterinya berpeluk dengan suami orang dalam filem atas nama lakonan.

Kita tengok cara hidup kita macam mana.
Cara kita berpakaian anak bini.
Cara kita menguruskan kehidupan.
Adakah ianya mendekati kepada tuntutan Islam.
Jika tidak, jangan la kita bersembang kencang kutuk orang lain seolah-olah orang itu paling sesat, paling jahat, paling melakukan kemungkaran, paling tak islamik sedangkan diri kita sendiri yang sebenarnya tak tentu arah.

Mari kita belajar sedar diri.. hmm KRU?

Bai.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »