Lulus Operasi Pub Terbesar KL Cetus Kritikan Terhadap DBKL

Sekeping gambar yang menunjukkan sebuah pusat hiburan baharu terbesar di ibu negara yang menjadi viral mendapat perhatian pengguna media sosial.
Pusat hiburan tersebut yang terletak di Jalan Tun Razak di ibu negara telah siap pembinaannya dan dikatakan telah beroperasi sejak beberapa hari lalu.
Ia dikatakan terletak tidak jauh dari Masjid Alam Shah Kampung Pandan.
Pusat hiburan yang dikatakan terbesar itu menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat Islam kerana lokasinya berhampiran masjid.
Terdapat kebimbangan pusat hiburan yang tersergam berhampiran Bulatan Kampung Pandan itu akan menambahkan lagi gejala sosial yang kini sudahpun tahap kronik.
Pandangan sama turut disuarakan EXCO Pemuda Pas Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff yang kesal dengan pembinaan pusat hiburan berkenaan.
Dia yang dihubungi FMT berkata, pihaknya mengaku tahu sebuah pusat hiburan akan dibina di kawasan tersebut tetapi sama sekali tidak menyangka sebesar itu.
“Buat apa dibina sebuah pusat hiburan yang sememangnya menjadi sarang maksiat dan boleh merosakkan akhlak masyarakat terutama golongan muda.
“Pusat itu hanya memberi keuntungan kepada individu tertentu tanpa mampu menjana pulangan ekonomi kepada negara.
“Sudah banyak pusat hiburan di Kuala Lumpur ini dan sepatutnya tidak perlu lagi dibina yang baharu,” katanya.
Nurul Islam yang juga merupakan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutauan berkata, Pas pernah mendapatkan penjelasan daripada Datuk Bandar sebelum ini, Tan Sri Ahmad Phesal Talib berhubung pembinaan pusat hiburan itu tetapi dimaklumkan pembinaannya mengikut keluasan tertentu.
Namun, mereka terkejut apabila mendapati pusat hiburan itu terlalu besar selepas pembinaannya siap.
“Nak buat macam mana, perkara telahpun terjadi, bangunan itu telahpun terbina.
“Cuma apa yang penting aktiviti di dalamnya harus dipantau bagi mengelak anasir-anasir yang boleh merosakkan anak-anak kita berlaku,” ujarnya.
Beliau turut berharap agar pihak berkuasa terutamanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memberi kelulusan pembinaan pusat hiburan tersebut supaya sentiasa memantau operasi pusat itu.
Katanya, Datuk Bandar yang baharu, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz mempunyai tanggungjawab bagi memastikan operasi pusat hiburan tersebut menepati syarat-syarat yang ditetapkan. - FMT

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »