Selepas Solat Hajat, SPRM Umum Akan Soal Najib Isu 2.6b.


Semalam SPRM mengadakan solat hajat di ibu pejabatnya bagi memohon kekuatan dari yang Maha Esa agar terus istiqomah melakukan kerja2 membanteras rasuah dan salah laku.

Ramai juga yang berspekulasi bahawa tindakan SPRM ini bertitik tolak apabila pegawai2 atasan mereka yang terlibat dalam pasukan khas yang diberikan mandat untuk menyiasat skandal 1MDB ditekan secara politik oleh pihak pemerintah.

Malahan pengarah SPRM sendiri mengatakan tindakan PDRM menyiasat anggota SPRM adalah satu perbuatan gila dan mungkin didorong oleh pihak tertentu. PDRM tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan tersebut. Cuma apa yang difahamkan siasatan berkenaan adalah disebabkan penyebaran draf pertuduhan oleh Sarawak Report sebelum ini sedangkan dokumen berkenaan sendiri diisytiharkan palsu oleh jabatan peguam negara.

Hari ini menerusi petikan media Awani dan juga Malaysiakini, SPRM mengesahkan akan menyoal Najib mengenai dana 2.6b yang diperolehinya dari Timur Tengah. Difahamkan, SPRM telah pun menemui penderma tersebut dan mengambil keterangan. Kini giliran Najib pula untuk disoal siasat SPRM.

Adakah Najib akan tampil di pejabat SPRM untuk dibenarkan soal siasat?
Atau adakah ini cuma sebahagian plot untuk episode seterusnya?
Ketua Pengarah SPRM dan timbalannya diarahkan bercuti dan SPRM ketika ini seperti kehilangan ketua. Kehilangan mereka berdua kononnya dikaitkan dengan siasatan skandal 1MDB dan ini menyebabkan masyarakat menilai wujudnya campurtangan politik dalam menghalang siasatan telus ke atas skandal berkenaan.


Laporan ;
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma yang diterimanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan agensi itu hari ini, SPRM juga berkata, mereka sudah mendapatkan penjelasan daripada penderma yang berasal dari Timur Tengah.

Pihak berkaitan, kata kenyataan itu, mengesahkan sumbangan derma berkenaan.

"Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB," kata SPRM -Mkini.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »