Betul Ke Kasut BATA Diperbuat Dari Kulit Babi?- Ini Penjelasan BATA Malaysia.


Syarikat pengeluar kasut Bata (M) Sdn Bhd menafikan tuduhan seorang pelanggan wanitanya yang mendakwa pihaknya menjual kasut diperbuat daripada kulit babi.

"Salam, nak share. Please berhati-hati beli kasut. Ini kasut yang anak beli di Bata JJ (Jaya Jusco). Tak perasan, tetapi bila diteliti, kulit dalam tu ada 3 bintik. Pig Skin. Nak pulangkan, Bata tak terima sebab dah terpakai 1 kali. Just nak share, sila berhati-hati jika membeli beg atau kasut di Bata," kata wanita berkenaan.

Bata Malaysia memberikan jaminan sepenuhnya kepada semua pelanggan terutama pengguna Islam bahawa produk yang dikeluarkan tidak mengandungi atau diperbuat daripada kulit babi.

"Bata sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dalam memastikan semua koleksi kami tidak diperbuat daripada kulit babi bagi menjaga sensitiviti terhadap semua pelanggan Islam kami.

"Ia hanya lapisan corak yang mengelirukan. Pihak pengedar kami telah dinasihatkan untuk tidak membuat reka bentuk yang kelihatan seperti kulit babi yang boleh mengelirukan pelanggan." kata kenyataan Bata yang dimuat naik di laman Facebook mereka.

Dengan penjelasan yang telah dibuat, Bata berharap orang ramai kembali yakin dan tidak berasa was-was membeli produk mereka. -an.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »