Presiden FAM Tidak Meletak Jawatan.

Kecoh di laman sosial kononnya presiden FAM, Tengku Abdulah akan meletakkan jawatan berikutan kegagalan teruk dan memalukan pasukan negara ditangan UAE kepada 0 - 10. Kekecohan itu pun berpunca dari laporan berita yang memaparkan title yang tidak mencerminkan maksud content (kandungan) laporan juga sebenarnya.

Tajuk BH, Sinar Harian beria2 letak Tengku Abdulah sedia letak jawatan.

Contoh yang dipetik menerusi beberapa laporan portal maya ;



Tapi bila kita terjah content ;
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak (FAM) kepada individu lain yang lebih layak dan ia akan dilakukan secara berperingkat. Katanya, keputusan itu diambil susulan kekalahan memalukan skuad negara 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi pada Khamis lalu. 

"Saya minta FAM melantik Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah sebagai Pemangku Presiden untuk memantau skuad bola sepak negara bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2023

"Buat masa ini... saya masih layak memegang jawatan Presiden secara merit sehingga 2018 dan selepas itu... saya akan lepaskan jawatan yang saya pegang," katanya. Tengku Abdullah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Perkhidmatan Kardiototorasik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, sebentar tadi. -BH

Apa maksudnya tue?

Melepaskan jawatan dan meletak jawatan adakah sesuai digunakan bagi individu yang telah tamat tempoh berkhidmat ikut tempoh yang dijanjikan?

Aku tak faham dengan poin meletakkan jawatan secara berperingkat. Sedang jika aku baca berita apa yang aku nampak ialah presiden FAM berhasrat tidak mahu bertanding bagi merebut jawatan presiden FAM jika wujud pertandingan kelak di masa akan datang. Itu jika wujud. Amalan di Malaysia pertandingan itu seperti 'mencemar duli' manakala mewariskan jawatan itu pula seumpama 'mempelihara adab'. Kau macam tak tau.

Jawatan boleh jadi diwariskan kepada pemangku atau kepada kroni sepapat sepupu dan sekaitan juga.

Tak nampak macam berita gembira atau perlu diraikan.

Aku lagi suka dengan kenyataan KJ bahawa FAM patut dibekukan. Kalau ikut aku, elok bubar terus. Kalau pun Tengku Abdullah letak jawatan bukannya mengubah dasar bola sepak itu sendiri. Ini kerana sekalipun bukan dia yang menerajui FAM, orang2 propa dan tak berkelayakan juga yang menjadi penganti. Bukan mengubah apa-apa pun sebenarnya.

Kaki bangku A berhenti dan malas bertanding dan diganti dengan kaki bangku B. Ada beza ke? Kaki cari untung berhenti atau tidak, takde beza jika akhirnya yang dok ganti pun kaki cari untung juga. Sudahla. Martabat bola sepak negara hanya akan mampu diubah jika FAM dan seluruh pengurusan bola sepak negeri-negeri mengubah cara mereka melantik pihak yang berautoriti untuk menguruskan sukan negara. Setakat tukar warna tapi isi sama nak buat apa. Sia-sia saja.

Kbai.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »