Gambar2 Trak Termahal Di Dunia - Kini Menjadi Milik Sultan Johor.

Proses penyediaan trak memakan masa selama hampir setahun!

Semalam di Brisbane, dilaporkan bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskadar menghadiri satu majlis rasmi penyerahan trak Mack iaitu sejenis trak paling mahal di dunia.

Dan rupa-rupanya ia merupakan impian sultan Johor untuk memiliki trak seperti itu.
 

Trak Mack tersebut dilengkapi dengan 6 CCTV, dua set televisyen, ruang dapur, barbeku, katil serta kerusi yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas.
 

Bahagian hadapan trak itu turut dihiasi dengan lambang harimau yang sedang mengaum dan ianya diperbuat daripada emas. 

"Ini impian beta, adakah beta tersenyum?", kata baginda ketika diminta untuk mengulas tentang trak tersebut.

Tambahnya lagi, "Beta sentiasa menghargai kemahiran kebolehan jurutera Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun sebelum ini. Beta berharap dapat mempamerkan hasil kerja ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja ia dibawa ke Malaysia".

Trak tersebut dijangka tiba di Malaysia pada lewat bulan Oktober ini dan pemanduan pertamanya akan dilakukan bagi tujuan amal.

Trak tersebut dapat menghasilan 685hp kuasa kuda dan mempunyai kelajuan maksimun 100km/h.


Harga sebenar trak itu dirahsiakan dari pengetahuan umum tetapi menurut rekod, trak tersebut sudah semestinya lebih mahal dari trak sebelumnya yang berharga A$481,000 (RM1.5juta).










 

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »