Pakcik Kena Tengking - Ini Jawapan Baitulmal.

Pada awalnya ;


Susulan penyebaran tersebut, Baitulmal dikritik keras menerusi laman sosial. Status Madeira juga viral dan disebarkan oleh ramai netizens secara berangkaian.

Dan berikut pula penjelasan rasmi Baitulmal menerusi laman facebook mereka ;

MAIWP menerusi Bahagian Baitulmal telah membuat siasatan lanjut berhubung perkara yang menjadi viral tentang layanan terhadap seorang "pakcik". Didapati ia berpunca daripada salah faham dalam prosedur permohonan iaitu tentang akuan sumpah bagi pendapatan pemohon yang tiada slip gaji...

Pada awalnya pemohon berkeras tidak mahu mengemukakan akuan sumpah pendapatan walaupun telah diminta secara lembut 3 kali. Sedangkan berdasarkan rekod kami melalui bantuan-bantuan yang sebelum ini beliau terima, menunjukkan bahawa beliau mempunyai pendapatan sampingan melalui perniagaan jualan buku dan kitab. Kejadian itu bermula apabila pemohon sendiri menimbulkan provokasi dengan berkata"tak kan semua pendapatan saya nak maklumkan"...

Walau bagaimanapun, kami memohon maaf atas tindakan yang kurang sesuai oleh petugas kaunter tersebut dan tindakan lanjut akan diambil. Sebarang aduan/ cadangan penambahbaikan boleh dimaklumkan terus kepada kami samada menerusi emel pro@maiwp.gov.my atau fb di facebook.com/maiwp.hq atau facebook.com/baitulmal.wp

Dan ;


Eh, eh dah padam?

Apa punya tak konsisten la kau pompuan. Maksud aku, kalau kita salah takpe la, kita back off. Masalahnya betul apa tindakan kau mengviralkan insiden tersebut. Yang kau tetiba kendurkan serangan kau dah kenapa? Bodoh.

Bila Baitulmal ;

- Minta maaf secara terbuka

- Ambil tindakan ke atas petugas kaunter

Secara automatiknya mereka mengakui tindakan itu salah dan tidak bertepatan dengan attitude seorang yang diberikan amanah untuk menjaga zakat.

So, sikap kurang mesra petugas kaunter zakat memang kena viral laju2. Sama macam geng2 pusat zakat viral laju2 bab minta zakat. Sehingga mereka kembali ke fitrah asal mereka sepenuhnya dan sebetulnya, terus lawan pusat kutip dan pusat edar wang zakat ketika mereka kantoi melakukan kesalahan ke atas marhaen.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »