Nasihat Menteri Kepada Pengguna Jalanraya - "Bangun Awal Atau Guna Laluan Tidak Bertol Utk Jimat Belanja".


Pengguna jalan raya di Lembah Klang yang mempunyai bajet terhad perlu pandai merancang dengan menggunakan laluan alternatif jika mereka mahu mengelak daripada membayar tol, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini dalam mempertahankan tindakan kerajaan terhadap kritikan pengguna berkenaan kenaikan kadar tol baru-baru ini .

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, pengguna jalan raya sentiasa dapat menggunakan jalanraya yang bebas tol jika mereka ingin mengurangkan perbelanjaan mereka, dengan menjadi "lebih berani" berdepan dengan kesesakan jalanraya ataupun dengan cara "bangun awal".


"Di mana sahaja terdapat laluan tol, juga terdapat laluan alternatif. Supaya anda (pengguna) boleh mengelakkan tol atau anda perlu berani (berhadapan) dengan lalu lintas (kesesakan). Atau anda labur lebih banyak masa, bangun lebih awal. 

Ia adalah berkenaan cara anda (pengguna) menguruskan pilihan (perbelanjaan)", katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai perancangan bandar di sini, memetik laporan versi English The Malay Mail Online.

Abdul Rahman berkata, kerajaan tidak mempunyai pilihan dengan membenarkan konsesi menaikkan kadar tol selepas menangguhkan kenaikan selama beberapa kali.

Kenaikan kadar itu perlu kerana kos penyelenggaraan operasi lebuh raya juga semakin meningkat dan kerajaan merasakan bahawa ia adalah adil jika pengguna menanggung sebahagian daripada kos untuk mengelakkan lebih banyak wang pembayar cukai digunakan untuk pembayaran pampasan ke atas konsesi.

"Tidak ada kerajaan yang mahu menaikkan kadar tol ... tetapi kita tidak mempunyai pilihan", katanya lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa Putrajaya masih lagi menanggung sebahagian subsidi tol meskipun terdapat penyelarasan kadar tol dibuat baru-baru ini - SOZCYILI.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

JualBeli Motor Dan Segala Kelengkapan Permotoran Disini

100Mbps Hanya RM149 Dengan Time Internet

BolehCompare : Portal Perbandingan Perkhidmatan Yang Pertama Di Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »