PAS Isytihar Jadi Pembangkang Di Pulau Pinang Susulan 300 JKKK Dipecat DAP.


PAS sudah menjadi barisan ‘pembangkang’ di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan negeri memecat 300 orang anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan anggota PAS di negeri berkenaan.
PAS tiada pilihan lain daripada mengisytihar sudah sebagai barisan ‘pembangkang’ kerana kerajaan Pulau Pinang dibentuk dan ditadbir oleh bekas rakan sekutu sendiri iaitu DAP, menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.
“Itu pendirian kami. Kami dah jadi pembangkang di negeri Pulau Pinang. Kami bersendirian,” ujar beliau sewaktu ditemui media di lobi Parlimen, semalam memetik laporan Malaysia Digest.
Tambah beliau lagi, PAS memberi jaminan akan menjadi pembangkang yang matang dan berprinsip dan berbeza dengan pembangkang lain termasuk pembangkang rasmi negeri itu iaitu UMNO.
“UMNO pembangkang rasmi. Kami ni pula pembangkang kepada bekas rakan sekutu sendiri (DAP). Kami tidak mahu komen mereka yang tidak dipecat. Satu saja pesanan buat DAP. Utamakan khidmat kepada rakyat, jangan pentingkan politik yang tidak menguntungkan rakyat,
“Kami terima pemecatan berkenaan dan tidak akan berhenti untuk terus menggalas tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat di semua peringkat seluruh negeri biarpun tiada peruntukan yang bakal diterima nanti,
“Kerajaan Pulau Pulang tidak akan beri lagi peruntukan untuk bantu rakyat tapi kami akan sentiasa berusaha mencari duit sendiri dan membangkitkan isu rakyat untuk diambil tindakan oleh kerajaan negeri,” ujar Takiyuddin, seperti yang dilaporkan oleh sumber berita Bernama.
DAP perlu akui bahawa PAS merupakan salah satu parti dibawah barisan Pakatan Rakyat sebelum dibubarkan yang menyumbang kepada kemenangan DAP.
“Ya, memang kami cuma menang satu kerusi saja tapi kami ada ahli di seluruh negeri itu,” akhiri Takiyuddin.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »