PAS Kelantan Terus Diapit Kontroversi, Pelaburan Gagal Punca Kakitangan YIK Menjadi Mangsa.

Boleh kah digambarkan PAS Kelantan sedang MENCURI?

Bayangkan ;

1. Potong gaji kakitangan atas alasan nak mencarum.
2. Tetapi tak masukkan ke dalam caruman yang sepatutnya.

Boleh jelaskan kenapa potong sejak awal?
Jika taknak bayar (carum), kenapa potong?
Adakah digunakan ke atas perkara lain seperti yang dipersoalkan dalam sidang DUN? Ini memberikan mesej atau gambaran yang buruk tentang pentadbiran Kelantan selepas kontroversi isu banjir & balak baru-baru neh.

Bahkan, ramai yang dah mula sindir-sindir dengan isu kenaikan elaun DUN Kelantan yang diluluskan sejak semalam.


Kerajaan Pas Kelantan disaran menyerahkan kesemua 16 buah Sekolah Rendah Ugama Arab (SRUA) di bawah agensi miliknya, Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada Kementerian Pendidikan.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, langkah itu dilihat mampu meringankan beban YIK yang kini berdepan masalah kewangan untuk menguruskan sekolah-sekolah berkenaan lapor Utusan Online.

Selain itu tambah beliau, tindakan tersebut juga bakal menjamin masa depan dan kebajikan para guru, di samping meningkatkan lagi mutu pendidikan di negeri ini.

“Jika didaftar dengan Kementerian Pendidikan, sekolah-sekolah itu bukan lagi di bawah tanggungan kerajaan negeri... gaji guru boleh naik, pembangunan terhadap sekolah pun boleh dibuat,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, semalam.

Terdahulu dalam sesi soal jawab lisan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan mengakui masalah kewangan merupakan faktor YIK gagal membuat caruman untuk kakitangannya.

Menurut Mohamed Fadzli, YIK telah membuat potongan terhadap gaji kakitangannya, namun tidak membuat caruman kepada institusi yang sepatutnya sejak 2001 dan setakat September lalu, jumlah tunggakan tersebut mencecah RM14.6 juta.

Mengulas lanjut, Md. Alwi berkata, jawapan bahawa kos operasi meningkat sehingga memaksa YIK mengambil pendekatan tersebut agak meragukan memandangkan kerajaan Pas Kelantan menerima bantuan untuk perbelanjaan untuk mengurus daripada kerajaan Pusat pada setiap tahun.

Tambahnya, pada tahun ini sahaja, kerajaan Pusat telah menyalurkan bantuan sebanyak RM85 juta kepada kerajaan Pas Kelantan untuk belanja mengurus.

“Dalam jawapan (Mohamed Fadzli) tadi, antara sebab YIK ada masalah kewangan kerana pelaburan gagal. Bagaimanapun, wang pekerja dipotong. Itu maknanya wang (pekerja) digunakan untuk perkara lain.

“Saya fikir kerajaan negeri perlu segera membuat sesuatu. Tidak elok potong gaji orang kemudian tak bayar caruman yang sepatutnya,” kata beliau.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »