PAS Permatang Pauh Putuskan Hubungan Dengan ADUN PAS Di Pulau Pinang Kerana ADUN Iktiraf Pakatan Harapan.


Pas Kawasan Permatang Pauh hari ini mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata Pas kawasan itu membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya pada Isnin lepas.

"Keputusan ini dibuat berikutan kenyataan Salleh Man dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dan bertentangan dengan pendirian Pas pusat," katanya kepada pemberita di Dewan Yusof ar-Rawa di sini hari ini.

Katanya, pendirian Pas pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Dalam kenyataan pada 2 November, Salleh Man mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Omar yang juga timbalan Yang Dipertua 2 Pas Pulau Pinang berkata, keputusan itu yang mendapat persetujuan Pas negeri, akan dimaklumkan kepada Pas pusat. - Bernama

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

JualBeli Motor Dan Segala Kelengkapan Permotoran Disini

100Mbps Hanya RM149 Dengan Time Internet

BolehCompare : Portal Perbandingan Perkhidmatan Yang Pertama Di Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »