Bayi 10 Bulan Ditampar Sampai Lebam Angkara Pengasuh Viral Di Laman Sosial.

Kalau tak mampu sabar, tak usah jadi pengasuh kanak-kanak. 
Kalau tangan jenis ringan dan cepat melatah, elakkan dari menjaga budak-budak.
Kerja pengasuh memerlukan banyak kesabaran dan ketabahan.
Sebab kanak-kanak bawah 5 tahun memang ada bermacam jenis ragam.

Pengalaman aku selama hampir setahun kerja kat taska (secara part-time) memang menguji kesabaran sungguh. Mana nak urus kanak-kanak yang bergaduh sesama sendiri lagi, mana nak berkejar untuk tengok bayi kenapa dia tiba-tiba menangis, menjerit walhal baru lepas menyusu dan tukar pampers, mana nak asuh mereka agar makan jangan bersepah, minum jangan tumpah, tak termasuk diri kau yang asyik keluar masuk tandas untuk cuci berak, dan tukar pampers satu persatu. Lepas sorang berak, sorang neh pula berak. Lepas tu mak bapak pula jenis ambek anak lambat2. Kalau masa tu kita ada hal pun kena redha je la. Haha. 

Setakat jaga 2,3 orang cool lagi la. Sekali kena jaga 15 kanak-kanak. Tengok. Kalau tak sabar, tak payah la jadi pengasuh. Kalau tak suka pada kanak-kanak pun jangan la jadi pengasuh. Buat naya anak orang je kena dera. Silap2 mati. Lagi haru. Penat sakit mengandung, sakit bersalin, sakit berjahit sekali mati dek pengasuh cuai. 

Pendapat aku. Daftarkan pengasuh2 di Malaysia neh. Bukan takat berdaftar pusat asuhan bahkan pengasuh sekali kena berdaftar dan jalani pemeriksaan mental dan fizikal. Kot2 orang sakit mental yang diambil jadi pengasuh, tak memasal naya anak orang woi. Macam kes yang viral di laman sosial sekarang. Seorang ibu berkongsikan gambar anaknya yang ditampar pengasuh sampai meninggalkan kesan lebam. Posting tersebut viral dan sehingga kini dikongsikan sebanyak 4,000 ++ kali.



Menurut ibu kepada bayi 10 bulan ini ;


Bersabarlah duhai hati.. kuatlah duhai anak..
Nawra sayang..maafkan ummi dan papa terpaksa meningalkan Nawra dgn orang lain kerana pergi mencari rezeki..
 
Nawra sayang.. maafkan ummi dan papa yang tak pandai menilai orang.. 
Kami fikir manusia berhati suci punya kasih dan sayang terhadap bayi sekecil Nawra..
Segalanya nampak sempurna dan indah untukmu sayang.. 

Tak pernah terlintas orang akan memukul anak ummi ini begitu sekali..
Apa dosa bayi 10 bulan yg masih belum boleh merangkak dgn baik apatah lagi memanjat atau nakal..
Sungguh hancur hati ummi apabila pengasuh mengaku menampar mu..
Hancur hati ummi bila Nawra menangis dan hari ke-5 ini bengkak muka masih belum surut..
Tak dapat ummi bayangkan betapa kuat pengasuh menampar Nawra sehingga lebam berbirat..
Betapa kuat Nawra menangis..
Betapa takut Nawra lalui hari-hari bila ummi dan papa tiada..

Patutlah selama ini Nawra sangat takut dgn orang sekeliling.. tak boleh berpindah tangan dari ummi atau papa.. tak boleh sesiapa ambik dukung dari kami..
Rupanya Nawra trauma dan takut ummi dan papa hilang lagi dan lagi
Sungguh bukan mudah memaafkan bila hati sgt sakit..tapi

Ummi redha apa sudah terjadi, kami maafkan pengasuh Nawra kerana dia juga punya anak sekecil kamu sayang..
Ummi tak mahu dia hilang ibunya kerana ini
Ummi tak mahu dia lalui hari-hari sepertimu..takut tanpa ibunya disisi..
Papa tahu ummi sedih, ummi tahu papa marah
Papa ajar ummi melupakan..
Jangan ada dendam supaya hati tenang..
Ummi redha..papa redha sayang..

Jangan takut lagi Nawra.. 
walaupun tanpa kami kau punyai Allah duhai anak..
Semoga Nawra sihat selalu membesar menjadi anak perempuan yg cerdik dan solehah In Syaa Allah...


Sumber.
  Pengasuh kepada bayi tersebut mengaku dia menampar anak kepada ibu Nadea Teja. Tapi ibu Nadea Teja semacam bersabar kerana tidak membuat laporan polis agar pengasuh tersebut disiasat. Anak kena tampar sampai meninggalkan kesan ketara. Dan pengasuh tersebut dimaafkan oleh ibu Nadea. Baik ahti ibu Nadea. Semoga pengasuh tersebut terbitlah rasa keinsafan di ahti dan lepas neh elokla berhenti dari menjadi pengasuh. Jiwa kalau tak kental, ahti kalau tak sabar, toksah la sibuk nak menjadi pengasuh. Cari la kerja lain.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »