1,000 Pekerja Petronas Dihentikan.

 
Kumpulan Petronas mengumumkan bahawa syarikat itu akan menghentikan perkhidmatan hampir 1000 pekerjanya di bawah rancangan penstrukturan semula berikutan harga minyak mentah yang terus jatuh menjunam dalam beberapa bulan kebelakangan ini yang mengakibatkan perolehan PETRONAS susut. 
 
Keputusan itu dibuat dalam usaha untuk terus berdaya saing ketika harga minyak mentah jatuh.
 
"Usaha menyeluruh berterusan akan dijalankan bagi menempatkan semula pekerja yang terlibat.

“Petronas seterusnya akan memulakan proses pemisahan bagi pekerja-pekerja ini seperti yang diperlukan yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, memetik sumber Malaysiakini.

Mengikut laporan tahunan 2014, Petronas menggaji sejumlah 50,949 pekerja.

Sebelum ini PETRONAS telah mengumumkan bakal mengurangkan hampir separuh dari kakitangannya dalam menghadapi kejatuhan harga minyak. Pihak bank juga dilaporkan mengenepikan permohonan pinjaman daripada pekerja industri minyak berikutan perkembangan tersebut. Kejatuhan harga minyak dunia menyaksikan Najib melakukan pengubahsuaian bajet 2016 disebabkan penyusutan keuntungan oleh PETRONAS baru-baru ini. - Sozcyili.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »