BN Tidak Pernah Janji Kurangkan Jumlah Tol - Menteri.


 
Mengurangkan bilangan plaza tol di Lembah Klang bukan salah satu janji Barisan Nasional (BN) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU14), kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
 
Katanya, janji BN menerusi manifesto tersebut ialah tidak menaikkan kadar tol melibatkan lebuhraya antara bandar selama lima tahun bermula 2013 hingga 2018.
 
“Manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 lalu ialah membabitkan aku janji untuk tidak menaikkan kadar tol lebuhraya antara bandar untuk tempoh lima tahun bermula 2013-2018.
“Ia merujuk kepada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sahaja.Oleh itu, cadangan mengurangkan bilangan plaza tol di Lembah Klang bukan termasuk dalam manifesto BN dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.
 
Fadillah berkata demikian menerusi jawapan lisan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mengenai usaha kerajaan mengurangkan bilangan plaza tol di Lembah Klang seperti yang dijanjikan pada manifesto BN serta langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar tol supaya tidak membebankan rakyat.
 
Mengulas lanjut, Fadillah berkata, pihaknya telah mula melakukan rundingan dengan syarikat konsesi lebuhraya bagi membincangkan usaha untuk mengurangkan harga tol sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.
 
“Rundingan tersebut bertujuan mencari makanisme terbaik bagi meringankan beban tol dengan mengambil kira pendekatan ‘menang menang’ kepada semua pihak terbabit, iaitu kerajaan, syarikat konsesi, pelabur dan juga pengguna,” katanya. - FMT.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »