2 Maut Kerana Kren Tumbang - Netizens Mula Persoalkan SOP Keselamatan Di Jalanraya.

Seorang lelaki dan seorang wanita maut selepas sebuah kren statik tumbang dan menghempap kereta dinaiki mereka di Persiaran Astana, Klang, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, memetik laporan Berita Harian.

Gambar mengenai kejadian turut viral di laman sosial dan heboh diperkatakan oleh netizens.


Punca kejadian masih dalam siasatan polis. Namun netizens mula mempersoalkan piawaian keselamatan di tempat kejadian sehingga tertumbangnya kren dan mengakibatkan dua maut.

Untuk rekod, sebelum ini besi kren dilaporkan tumbang dan menghempap seorang wanita muda berusia 24 tahun. Kejadian berlaku di Jalan Raja Chulan. Wanita itu dikenali dengan nama Chin Khoon Sing maut di tempat kejadian serta-merta. Insiden berkenaan menimbulkan kekecohan kerana peraturan pembinaan yang tidak mengikuti SOP sehingga menyebabkan kematian orang awam.

Kejadian di Klang merupakan kejadian kali kedua pada tahun ini. - Sozcyili.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »