2 Wartawan Digangu Secara Seksual, Hampir Diraba Oleh Pendemo Merah - Penyokong Merah Memalukan!

Dua wartawan wanita dilaporkan diganggu secara seksual oleh beberapa peserta gerakan Baju Merah semasa himpunan kumpulan itu menentang BERSIH pada 19 November yang lalu.
"(Saya rasa) benar-benar terkejut dan untuk seketika, tidak dapat meneruskan kerja (saya)," kata wartawan kanan Malay Mail Online, P Yiswaree sambil menambah seorang peserta kumpulan yang sama turut mengekori beliau selepas gangguan tersebut, memetik laporan oleh Asia Alliance Tenggara (Seapa).
Kejadian tersebut berlaku di Padang Merbok dengan wartawan berkenaan mendakwa mereka 'diganggu dan hampir diraba' oleh peserta Baju Merah.
Yiswaree berkata, peserta Baju Merah turut mengganggu wartawan lain tetapi perbuatan itu berjaya dihalang dan dihentikan oleh beberapa orang awam yang berada di situ.
Ia turut melaporkan seorang jurugambar wanita segera meninggalkan kawasan itu selepas beberapa peserta Baju Merah terjerit-jerit membakar semangat perkauman dengan kata-kata seperti 'Cina babi'.
"Pihak berkuasa harus mengutuk dan menyiasat insiden gangguan dan ugutan terhadap wartawan wanita ini yang membuat liputan himpunan Baju Merah," kata Pengarah Eksekutif Seapa, Edgardo Legaspi.
Pada Oktober yang lalu, peserta baju merah juga dilaporkan telah mengasari sekumpulan kakitangan media dengan menuntut mereka untuk memadamkan video dan gambar ekoran perbalahan kecil dengan konvoi BERSIH. - Malaysiakini

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »